Persatuan
Progresif India Malaysia (Mipas) membantah sekeras-kerasnya kenyataan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ‘Umno bukan parti
rasis’.Najib menyatakan demikian ketika berucap pada sambutan ulang
tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam
kelmarin.“Mipas mempertikaikan kenyatan Najib, jika benar Umno bukan
parti rasis, kenapa Najib mengatakan bahawa kekalahan dan kemerosotan
undi kepada Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah
punca tsunami kaum Cina,” kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan (gambar) dalam
satu kenyataan.Katanya, Najib mengalih isu sebenar dan sengaja
mencetuskan perkauman dengan menghidupkan semula pertengkaran antara
kaum.Beliau berkata, hakikat sebenarnya ialah bukan Tsunami Cina tapi
Tsunami Rakyat, itulah realiti yang sedang belaku.Tambah beliau, Najib
dan Barisan Nasional harus menerima kenyataan yang sebenar bahawa rakyat
Malaysia inginkan perubahan dan mereka bebas mengundi serta memilih
mana-mana wakil calon yang mereka sukai.“Jika benar Umno bukan parti
rasis, kenapa Najib mencalonkan Zulkifli Noordin di Shah Alam mewakili
kerusi BN, sedangkan Zulkifli Noordin pernah menghina kepercayaan
penganut agama Hindu,” ujarnya dengan menegaskan Mipas tidak boleh
menerima kenyataan Najib itu.Begitu juga, ujarnya tidak ada sebarang
tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia keluaran muka hadapan bertajuk
‘Apa lagi Cina Mahu?’ selepas PRU13.Malahan, kata beliau tidak ada
apa-apa tindakan dan teguran sama sekali terhadap kenyataan Mahathir
Mohamad, Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah, dan banyak lagi isu-isu
berbau perkauman dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung
jawab sebelum ini.“Jadi isu sama ada sebarang parti, sama ada BN ataupun
Pakatan Rakyat mahupun Umno atau parti-parti yang lain bukan rasis atau
rasis tidak lagi relevan kerana pengundi, rakyat mengundi mengikut
matlamat perjuangan dan manifesto yang diketengahkan oleh parti
masing-masing dalam PRU yang ke-13 ini,” ujarnya lagi.Ini, kata
Barathidasan boleh dibuktikan dengan kekalahan calon Bebas yang lebih
pro kepada Umno dan BN, Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, satu kawasan
yang majoriti nya pengundi Melayu walaupun calon Umno BN Che Johan telah
menarik diri daripada bertanding, begitu juga dengan kekalahan Zulkifli
Noordin di Shah Alam.Sebenarnya, bagi beliau Umno harus sedar dan
ikhtibar mengenai realiti dan perubahan landskap politik Malaysia yang
kini lebih kompleks, matang dan jauh berbeza daripada tahun-tahun 40-an,
50-an, 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan sehinggalah menjelang tahun-tahun
dekad akhir pertama abad ke-12 ini.Menurutnya, perkembangan
globalisasi, ledakan internet dan media sosial serta pemikiran yang
lebih berani dan telus ditambah dengan arus pengetahuan dan fahaman yang
membina daripada generasi yang muda semakin menuntut kepada dinamisma
dan anjakan paradigm dalam semua aspek pembangunan negara.“Maka isu
rasis bukan lagi menjadi persoalan pokok atau isu lagi dalam arena
politik Malaysia masa kini kerana trend tersebut semakin berkurangan,”
katanya.HDMonday, 13 May 2013
Mipas Tak Setuju Najib Kata Umno Bukan Parti Rasis..
Posted by Unknown on 21:10 with No comments

katanya.HD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment