Monday, 8 July 2013
Pembunuhan beramai-ramai di Kaherah Mesir
Saturday, 6 July 2013
Step down, Shahrizat told

An Umno leader says the party needs betterment after GE13
Saturday, 15 June 2013
Semakln Banyak Ahli Tertinggi Umno Maukan Jawatan President Dan Timbalannya Di Pertandingkan..
KUALA LUMPUR, 15 Jun - Tanpa pertandingan untuk dua jawatan tertinggi, presiden dan timbalan presiden Umno pada penghujung tahun ini, ia bakal menunjukkan parti berkenaan tidak mengamalkan demokrasi dalam pemilihannya, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh.
Menteri Pendidikan II itu bagaimanapun turut berkata gandingan Perdana Menteri, yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gandingan sudah cukup mantap.
"Saya lihat situasi sekarang mereka memang cocok ... kita kalau banyak sangat pertandingan pun tak perlu juga.
"Tapi kalau tiada pertandingan nanti orang kata tiada demokrasi," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
"Presiden pun saya rasa tiada halangan (bertanding)," katanya lagi.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri sebelum ini berpendapat dua jawatan tertinggi parti Melayu itu sewajarnya tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini demi memelihara keutuhan perpaduan di kalangan anggota Umno, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN).
"Ini mengambil kira suasana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia," katanya.
Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sistem demokrasi "westminster" yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga mewujudkan "hung" parlimen.
"Kesimpulannya pertandingan terbuka jawatan utama Umno sudah tentu akan mewujudkan "kem kem" dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan politik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti," katanya.
Abdul Rahim berkata suasana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membolehkan Umno dan BN mampu menghadapi PR.
Najib juga dilihat bersifat terbuka dengan menyatakan kesediaan menerima cabaran bagi jawatan berkenaan, malah sedia ianya dipertandingkan.
Menurutnya lagi, sebagai sebuah parti demokrasi, beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden.
“Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding,” katanya.
Idris bagaimanapun menjelaskan, pertandingan untuk jawatan berkenaan bagaimanapun menerima banyak pendapat.
"Jika tiada pertandingan lebih baik ... Ia ada dua pandangan, satu kata tak perlu, satu lagi kata perlu.
"Kalau nak senang tidak perlu bertanding ... tapi kalau tidak bertanding orang kata tiada demokrasi," jelasnya lagi.
Tuesday, 21 May 2013
Mahfuz Beri Amaran Kepada BN Jangan Cari Pasal
Pesuruhjaya PAS negeri itu turut mengingatkan kerajaan BN Mukhriz kerajaan PAS dahulu membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan stadium dalam satu perhimpunan Januari lepas.“Kepada Mukhriz, saya nak nasihatkan dia jadi terbuka sedikit kerana dia masih muda. Dia tak patut berkelakuan seperti pemimpin Umno masa lampau yang menggunakan pendekatan konfrontasi dengan rakyat,” tambah Mahfuz.
Immigrants Owe Govt RM21.67 mil

Contohi Unit Amal Yang Berperanan Menjaga Keselamatan Ahli Mereka.Dan Kekal Profesional Dalam Menjalankan Tugas..

Rampasan Kuasa Di Perak Cukup Demokrasi Ka Zahid !

SPR Buka Beg Kertas Undi

Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.
Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.
“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.
Katanya cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.
Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.
Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.mk
Datuk Sri Anwar Blackout 505 Kedah-Perkasa Pemuda Umno Munafik!

Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'. Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum. Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong. Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa. "Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan. "Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin. Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan dan kumpulan NGO "Kita tidak mainlah dengan spring-spring ni, yang main spring adalah Umno dan BN," katanya sambil membidas bahawa BN yang sepatutnya 'angkat beg' keluar daripada Malaysia kerana mendapat undi popular 47 peratus berbanding Pakatan dengan 51 peratus. Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden N Surendran serta Ketua Srikandi Siti Aishah Sheikh Ismail turut menghangatkan suasana apabila menempelak kerajaan yang menahan Adam Adli sekaligus menaikkan semangat anak muda dengan suara tegasnya. "Kita harus bangkit dan pertahankan negara kita. Dia (pihak berkuasa) mula tangkap Adam Adli yang dikatakan mahu gulingkan kerajaan. "Sedangkan dia minta rakyat pertahankan kerajaan yang sah, menerima demokrasi bukan menerima penipuan. Tapi buat tindakan (dengan menahannya) untuk takut-takutkan orang lain. Inilah kebangkitan anak muda, kita kena jayakan," kata Anwar. Mengulangi ucapan dengan mempersoal dan membangkitkan isu penipuan dalam pilihan raya umum lalu, Anwar mengajak rakyat bangkit sekali gus mempertahankan negara ini daripada penipuan khususnya dalam pilihan raya umum lalu. Beliau mendakwa wujudnya "penipuan besar-besaran" pada pilihan raya umum lalu termasuk dakwaan pengundian warga asing, isu penggunaan dakwat kekal, kertas undi ditemui kawasan mengundi yang lain dan jumlah kertas undi dikeluarkan lebih daripada jumlah pengundi di suatu kawasan. "(Sebenarnnya) kita sudah menang pilihan raya ini. Kita perlu mempertahankan kemenangan kita... Kita perlu pertahankan keputusan pilihan raya-13 dan tuntut Putrajaya sekarang daripada kerajaan. "Kita boleh terima, kalau tidak ada orang asing, dakwatnya yang digunakan itu kekal. Tapi jika kamu (kerajaan) tidak boleh mempertahankan, jangan sesekali berani kata pilihan raya itu sah," katanya. Anwar turut menempelak pemimpin Umno dan NGO pendesak Melayu PERKASA yang berdiam diri dengan pelantikan pemimpin Hidraf P Waythamoorthy yang didakwanya mempertikaikan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, dalam kabinet. "Mana dia PERKASA, mana dia Pemuda Umno. Bangkit. Ada satu suara Pemuda Umno, PERKASA pertikaikan pelantikan ini?... Ini dia politik kemunafikan dan kepura-puraan," tegas Anwar. Anwar turut menjangkakan suhu politik pada beberapa minggu berikutnya mungkin "sedikit tegang". Bagaimanapun beliau berharap rakyat dapat "bersabar, pertahankan keamanan dan mengikut arahan" pimpinan Pakatan.mk
Suara Rakyat Suara Keramat 505 Blackout Seremban Negeri 9[Live]
Suara Rakyat Suara Keramat 505 Blackout Dari Stadium Batu Kawan Pulau Pinang[live]
Friday, 17 May 2013
Why did you drop us, Najib?

Monday, 13 May 2013
Pembelian Undi Besar-besaran Di PP,

“Masa PRU, pihak berkenaan telah beri voucher dan beritahu pengundi kalau BN menang, mereka boleh dapat special bonus. Selepas PRU, mereka mula memberi special bonus ini. Pengundi dibayar dengan anggaran RM120 hingga RM200 setiap seorang,” ujarnya kepada keadilan daily.
Menurutnya, Laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibuat bersama bekas Speaker Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain Jumaat lalu, namun tiada tindakan diambil.

“Ini kes yang besar kerana menunjukkan pembelian undi besar-besaran berlaku di Pulau Pinang dan kita tidak nampak ada tindakan.
“Di tempat yang kita kalah, semuanya kalah dengan marjin yang cukup rendah. Maka mungkin pengundi dipengaruhi dengan pemberian special bonus untuk mengundi Barisan Nasional,” ujarnya.
Menurutnya, pihaknya mengesyaki pembelian undi itu dilakukan di banyak tempat, membabitkan puluhan ribu pengundi dan peruntukan jutaan ringgit.
“Siapa yang mempunyai kekuatan organisasi yang begitu besar untuk mengagihkan wang berkenaan dan kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan?” Soalnya.
Menurutnya, pagi tadi, enam calon DUN dan seorang calon parlimen dari Pakatan Rakyat, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Laporan itu dibuat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana memberi wang sogokan atau rasuah sama ada sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.
Buat Bantahan Tolak Perkauman Pun Di Tangkap!
Salah seorang peserta yang ditahan, Ali Abdul Jalil berkata, polis meminta mereka segera bersurai dan menghentikan sebarang perhimpunan dan provokasi menentang kerajaan.
“Kami akan teruskan flash mob ini selagi media arus perdana terus dengan provokasi perkauman,” kata aktivis itu kepada Keadilan Daily selepas dilepaskan.
Kumpulan berkenaan dijadualkan berarak ke Sogo, KLCC dan berakhir di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCHAH) jam 8 malam ini.
Tiga lagi peserta yang ditahan adalah Syukri Kamaruddin, Mohd Haisham Yatiran dan Mohd Haishiram Yatiran.
Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan polis beberapa minit kemudian.

Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman Cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.
Panas Berita Yang Tak Akan Di Siarkan Utusan@Tv1,Tv3….CNN Melaporkan Yang Kemenangan PR Telah Di Curi Kerana SPR Tak Telus Dan Penipu..[Baca]
“Pembangkang Malaysia menolak keputusan pilihan raya. Pembangkang Malaysia menyatakan SPR dicemari campur tangan kerajaan.
“Bukan sahaja Anwar Ibrahim menyatakan ada berlaku penyelewengan pilihan raya, malah NGO Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menjangkakan penipuan beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung.

Liz Neisloss yang mengikuti perjalanan PRU 13 menyatakan, himpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu mencecah kehadiran 120,000 orang.
Dalam pada itu lapornya, sebuah tribunal rakyat dituntut supaya ditubuhkan di Malaysia bagi menyiasat setiap bukti penyelewengan PRU 13 yang dikemukakan.
CNN turut melaporkan kenyataan SPR bahawa sebarang petisyen bantahan pilihan raya boleh dibuat melalui mahkamah.
“Namun ada maklumat mengatakan pengendali pilihan raya (SPR) di Malaysia tidak akan melakukan apa-apa, meskipun (penipuan) dibuktikan di mahkamah.
“Ini kerana ia (SPR) adalah institusi di bawah kawalan kerajaan,” laporan CNNdipetik.kd
Guan Eng:Tunjuk Bukti Masyarakat Cina Nak Rampas Kuasa Politik Orang Melayu!
Lim (kanan) sebaliknya berkata, kenyataan “mengugut” itu bertujuan menutup kegagalan menjawab isu rasuah oleh pelbagai bangsa dalam BN.
Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang juga mempersoalkan peranan Mohd Noor kini yang menjadi ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah.
“Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM membenarkan siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah untuk keluar ialah dengan mengeksploitasi kebencian kaum bagi menyorokkan kegagalan mereka,” katanya.
Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.
Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.mk
ZUL Katak@101% Tak Sedar Diri Masih Lagi Main Isu Perkauman Sempit…

“Esok 13 Mei … ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M’sia angkara cauvinis trmsuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!,” tulis Zulkifli melalui akaun Twitternya @zulkiflinoordin lewat malam tadi.
Lim seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.
Menurut rekod polis, 196 orang terbunuh dalam rusuhan diantara kumpulan Melayu dan Cina, beberapa hari selepas keputusan pilihan raya umum.
Dalam pilihan raya 1969, gabungan Perikatan Umno, MCA dan MIC hilang undi popular tetapi menang pilihan raya.
Dalam Pilihan Raya 2013, pengganti Perikatan menang pilihan raya tetapi hilang undi popular.
Zulkifli Noordin: Kempen ABCD — Asalkan Bukan Cauvinis DAP Gambar failPresiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.
Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka depan akhbar berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.
Akhbar dilihat — bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad — dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.
Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.
Semalam, Najib mempertahankan partinya daripada pertuduhan perkauman, sebaliknya menuduh DAP yang bersikap perkauman.
Di sebalik dakwaan Umno, analisis keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan perpecahan bandar-luar bandar berbanding perpecahan Melayu-Cina dalam corak pengundian rakyat Malaysia minggu lalu.
Walaupun majoriti daripada Cina menyokong parti PR, terdapat angka signifikan undi Melayu terhadap parti pembangkang, terutamanya di kawasan bandar.
Zulkifli, yang mengangkat dirinya sendiri sebagai pejuang hak asasi Melayu-Muslim turut menggesa dalam tulisan di Twitter agar rakyat Malaysia menyertai kempennya digelar “ABCD Asalkan Bukan Cauvinis DAP”.
“Ingat 13 Mei,ingat DAP!Ingat 13 Mei,ingat Malai-seh!,” tulis beliau di Twitter.
Semenjak DAP menjadi sasaran serangan Umno, ia telah disokong oleh rakan PR PKR dan PAS yang sebahagian besarnya adalah Melayu.
Semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.
Dalam sebuah forum, bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk “merampas kuasa politik” daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari “setia kawan” Melayu.TMI
Admin:
Aku rasa Zul Katak@101% muka tak tau malu dah mula berkempen pulak nak kata bodoh peguam tapi perangai macam budak tadika,Perasan bagus kaitkan 13MEI dengan Kit Siang dan cuba mengapi-apikan rakyat dengan kempen ABCD Asalkan Bukan Cauvinis DAP..Zul katak kalau nak di bandingkan Kit Siang dengan hang macam langit dan bumi,Semasa Kit Siang aktif dalam politik hang dok telanjang lagi jangan dok tunjuk pandai Cerita 13Mei hang boleh rujuk pada Tamrin Gafar dia boleh cerita kejadian sebenar dekat hang…Kalau tak tau cerita duduk diam jangan nak tunjuk pandai…
Kemerosotan Umno BN pada pru13 di kaitkan dengan DAP dan cina, Zul Katak kamjat ni pun dah di tendang rakyat pun tak sedaq diri masih lagi bermain dengan isu perkauman,sebelum ni menghina kaum india salah satu sebab kekalahan dan di tolak rakyat di Shah Alam sekarang isu Cina pulak..Aku pun tak faham maksud Sunami Cina yang di maksudkan oleh Zul Katak kamjat ni dan Najib,Apa yang aku tau adalah sunami rakyat bukan sunami Cina…
Pesepsi Umno BN sekiranya Cina atau India yang menolak Umno BN dan memilih PR di anggap menolak melayu betoi ka Pesepsi tu!..Adakah Umno BN sahaja melayu dalam Malaysia ni jangan tunjuk sangat yang puak Umno BN ni bodoh-bodoh belaka!
MCA parti yang sepenuhnya boleh di katakan di anggotai kaum Cina, Gerakan juga di lihat sebagai parti untuk kaum Cina walau pun tak semua ahlinya berbangsa Cina bersama dalam perikatan atau BN telah di tolak rakyat pada pru13..Kalau logik akal seperti mana Umno BN katakan sunami Cina MCA dan Gerakan pasti menang besaq…Tak ada la Kho Soo kun letak jawatan sebagai Presiden Gerakan,Chua Soi Lek di desak meletakan jawatan kerana prestasi buruk pada pru13..
Zul Katak jangan serebu Cina dan Dap bukan rasis tetapi mereka menolak parti korap,rasuah,kroni dan rasis macam Umno BN,Dan ini berlaku bukan hanya kaum Cina sahaja mainkan peranan penting tetapi seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum baik Cina.Melayu,India,Siam,Iban,Dayak,Kadazan dll.
Jangan Cuba cetuskan ketegangan kaum hanya kerana kecewa Umno BN di tolak rakyat kaum Cina di jadikan mangsa dan kambing hitam.
Aku harap pihak polis jangan pandai beri amaran dan tangkap pemimpin PR kononnya cetuskan provokasi kaum,Kalau pihak Umno BN terang-terang mainkan isu perkauman polis tutup mata pekakan telinga mengambil sikap double standard…
Hangpa PIKIAQ LA SENDIRI!
Mipas Tak Setuju Najib Kata Umno Bukan Parti Rasis..

Blackout 505 Puluhan Ribu Rakyat Perak Berhimpun Di Ipoh!

Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum itu, mula berkumpul di Perkarangan Pejabat Parti KeAdilan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh, sejak petang lagi.
Mereka masing-masing membawa sepanduk dengan mesej membantah sebarang unsur penipuan dan manipulasi yang berlaku pada PRU13 lalu.
Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap malam tadi menyeru rakyat bangkit melawan sebarang penipuan yang berlaku.
Tegasnya, PRU13 yang lalu adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.

“Kami sudah biasa ditipu dalam pilihanraya namun pada kali ini (PRU13) penipuan berlaku dengan sangat dahsyat sekali dan rakyat perlu bangkit menuntuk hak pilihanraya yang adil,” katanya dihadapan ribuan hadirin.
Jelas Anwar, protes sedemikian bukan bermakna Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan tetapi rakyat tidak sangup terus ditipu oleh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kami bukan tidak mahu terima kekalahan tetapi rakyat tidak mahu terus tertipu, jika tidak bangkit penipuan akan terus berlaku dan mereka akan terus kekal berkuasa.
“Jika tiada penipuan, negeri ini (Perak) sudah pasti akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Perak adalah destinasi ke tiga setelah berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor dan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Khairy Tibai Sapa Ni,Mat Said Ka?

Sapa makan cabai dia yang rasa pedas!Cuba tanya Mat Said tentu dia faham dengan maksud tweet Khairy Ni….

PR Yakin BN Tumbang Ambil Alih PutraJaya[Baca]

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.
“BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan,” katanya di sini, semalam.
Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.
“BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.
“Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN,” katanya.
Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: “Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran.”SH
Laman Web White House Dipenuhi Petisyen Online Rakyat Malaysia Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Pilihan Raya

Petisyen online Presiden Amerika Syarikat Barack memerlukan 100,000 tandatangan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai rasmi kerajaan.
Menurut laporan AP, laman web pentadbiran Obama “Kami adalah Rakyat” telah dimulakan pada 2011 sebagai projek kerajaan terbuka untuk pengguna Internet.
Walaupun hanya untuk rakyat AS, syarat mengumpul tandatangan online itu kekal terbuka yang cukup bagi membolehkan aktivis luar negara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sendiri untuk menyuarakannya di peringkat antarabnagsa, kata AP.
Laman berkenaan bagaimanapun tidak memerlukan kerakyatan seseorang.
Mereka hanya perlu berusia 13 dan ke atas dan mempunyai alamat emel yang sah bagi mencipta akaun bagi memulakan petisyen.
White House juga berkata akan memberikan layanan sama terhadap petisyen dari luar negara. Kerajaan AS bagaimanapun masih lagi belum memberikan maklum balas terhadap petisyen Malaysia itu.
Sebarang kritikan AS terhadap pilihan raya tercetus minggu ini apabila Jabatan Negara AS mengiktiraf keputusan pilihan raya, sambil mengakui kewujudan keraguan dalam pilihan raya, lapor AP.
Petisyen “spoke out the dissatisfactions to the international communities successfully”, oleh virologist dan penganjur petisyen, Kuan Ping Ang, berkata di laman Facebook miliknya, seperti dilaporkan AP.
Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya lalu namun tewas undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).
BN hanya memenangi 47 peratus undi sedangkan PR memenangi lebih separuh jumlah undi popular.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR telah menganjurkan dua perhimpunan – di Petaling Jaya dan Pulau Pinang- bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati yang dakwa mereka telah ditipu.
PR telah mengkritik berkenaan paten pengundi yang meragukan, keraguan dalam menguruskan peti undi, dan isu lain yang mana DAP dan PAS berdiam diri berhubung petisyen keputusan pilihan raya.
PR berkata mereka menjangkakan 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, akan diteruskan dengan perhimpunan sekali lagi di Perak hari ini.TMI
Apa Mat Said Nak Balas Dendam Atau Nak Dera Rakyat Terengganu Yang Tak Sokong UBN Pada Pru13!

Keistimewaan Tok Guru Nik Aziz Yang Tidak Ada Pada MB Yang Lain
Sunday, 12 May 2013
Wednesday, 8 May 2013
Ustz Azizan Semakin Pulih,Keadaannya Stabil.
Anak beliau Rafi'iy Azizan memaklumkan, bapanya kini masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang dan keadaannya semakin baik.
"Alhamdulillah, ayahanda semakin stabil, insyaAllah akan bertambah baik seperti sedia kala.
"Pohon jangan putus doa kebaikan ke atas diri dan perjuangan beliau," katanya melalui SMS ringkas kepada Harakahdily.
Semalam, berita palsu tersebar di internet kononnya Ustaz Azizan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital itu petang kelmarin akibat mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.
Bagaimanapun khabar angin itu dinafikan pihak keluarga terdekat yang memaklumkan Ustaz Azizan hanya tidak sedarkan diri akibat jangkitan virus yang merebak selepas dimasukkan antibiotik.
Bagaimanapun keadaan beliau kembali stabil menjelang petang dan dimaklumkan sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan sementara tekanan darahnya kembali normal.
"Terima kasih atas doa tuan-tuan sekalian dari kami sekeluarga," kata Rafi'iy.
Ribuan Manusia Banjiri Stadium Kelana Jaya


stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.
Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini.
11.27pm: Walaupun perhimpunan itu sudah tamat, tetapi masih ada mereka yang berpakaian hitam berjalan ke arah stadium dari jarak beberapa kilometer jauhnya.
Trafik terhenti terus sepanjang sekurang-kurangnya lima kilometer dari pelbagai arah dan ramai yang mahu ke stadium masih terperangkap.
Ini termasuk lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.
11.25pm: Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.
"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.
"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

11.00pm: Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Kereta diletakkan sejauh 2 km dan nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan berakhir lagi.
Ramai yang tidak dapat mendengar ucapan pemimpin mereka tetapi masih meluangkan reformasi dan ubah.
1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.
Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.
10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

"Apa lagi Cina mahu?".
Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.
Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.
10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.
Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.
Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih menuju ke stadium dengan berjalan kaki.

"Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.
"Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.
Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.
Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.
10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".

Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.
9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.
9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium
Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.
9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.
Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.
9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.
Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.
9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.
Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.
Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.
Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".
Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

8.45pm: Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.
8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.
Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.
8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.
"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

8.15pm: Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.
7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.
Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.