
Dr Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah mendahului keputusan penyiasatan polis, dengan mengumumkan bahawa pemecatan Anwar daripada semua jawatan kerajaan dan politik, adalah disebabkan isu moral dan penglibatan dalam aktiviti homoseksual.
Berikutan itu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ketika itu,masih belum selesai menjalankan siasatan terhadap Anwar, telah terpaksa memalsukan beberapa keterangan mustahak.
Katanya, antaranya membuat affidavit palsu dan yang utama sekali, Musa mencuri contoh darah Anwar dari simpanan Hospital Kuala Lumpur untuk dibuat ujian DNA keatas ’tilam masyhur’ yang berkenaan.
Dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain berkata, Hishammuddin kini terdesak untuk mengalihkan pandangan masyarakat daripada meneliti kecuaian dan kegagalan beliau menangani pencerobohan pengganas Sulu.
‘Dolak dalik’
“Dolak-dalik beliau mengenai sama ada Perdana Menteri akan mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau menyediakan Kertas Putih ataupun sesuatu mekanisme siasatan yang lain jelas menunjukkan seolah beliau kehilangan pedoman dan tidak pasti apa yang sedang berlaku di sekeliling beliau, atau apa yang beliau sedang lakukan.
“Walhal, Hishammuddin sendiri yang telah membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan penubuhan RCI menyiasat insiden pencerobohan Lahad Datu, sempena perbarisan Hari Polis Ke-206 semalam,” katanya.
Menurut Mat Zain, Hishammuddin harus mengambil tanggungjawab di atas kegagalan beliau itu.
Beliau tambahnya, diharapkan akan secara sukarela mengecualikan dirinya daripada mengambil bahagian dalam menentukan mekanisme siasatan keatas peristiwa ini, dan bersedia untuk turut disiasat.
Katanya lagi, Hishammuddin juga sewajarnya menerima hakikat bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap lapan orang penceroboh itu kerana melakukan keganasan, dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong boleh dianggap sebagai pengesahan, bahawa sepatutnya beliau telah mengklasifikasikan pencerobohan bersenjata tersebut sedemikian sejak dari mula lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Mat Zai juga berkata, Najib sendiri didedahkan telah mengarahkan peguam kanan Cecil Abraham untuk menyediakan SD2 penyiasat P Balasubramaniam dengan memuatkan kenyataan-kenyataan palsu, tanpa pengetahuan mendiang Bala itu sendiri.
Selain itu, katanya Najib sendiri sanggup pula mengikrarkan affidavit palsu untuk mengelakkan diri daripada memberi keterangan di-Mahkamah terbuka, dalam perbicaraan kes sodomi II, bolehkah Najib menafikan kewujudan affidavit ini?.
“Jika pemalsuan seperti di atas boleh dilakukan sehingga ke tahap Perdana Menteri,maka tidak hairan jika pegawai-pegawai bawahan diarahkan menyediakan laporan palsu untuk mengaitkan bukan sahaja setakat Anwar, malahan sesiapa juga dengan salahlaku jenayah apa sekalipun,” kata Mat Zain.FMT
0 comments:
Post a Comment