
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Pesuruhjaya Polis
Sabah Datuk Hamza Taib mendedahkan pihaknya ketika ini sedang memburu
individu bergelar Datuk Seri Mohd Ridzwan Sulaiman dan berharap orang
ramai yang mempunyai maklumat tentangnya untuk berkongsi bagi membantu
siasatan.
Menurut laporan portal berita Astro Awani,
Hamza berkata pihaknya berhadapan kesukaran untuk menjejaki individu
tersebut memandangkan tidak mempunyai banyak maklumat.
“Kepada sesiapa yang mengenali lelaki ini, diharap supaya melaporkan
kepada pihak berkuasa ataupun beliau sendiri menyerahkan diri di balai
polis berhampiran,” kata Hamza yang dipetik berkata dari laman sesawang
Astro Awani.
Menurut Hamza lagi, individu yang dikehendaki tersebut berasal daripada Pulau Pinang dan jawatannya yang terakhir dikenalpasti sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia.
Penceroboh Sulu bersenjata seramai 235 militan yang diketuai Agbimuddin Kiram telah mendarat di Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari untuk mengemukakan tuntutan terhadap negeri utara Borneo itu.
Sehingga Jumaat lalu, pencerobohan telah menyebabkan kematian 63 orang militan bersenjata Sulu, menurut angka daripada pasukan keselamatan Malaysia, ia juga menyebabkan kematian lapan orang anggota polis dan dua orang tentera.
Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac untuk menghapuskan pemberontak bersenjata Filipina selepas rundingan gagal membuahkan hasil.
Manila telah berkata mereka tidak akan menggugurkan tuntutan kesultanan tersebut terhadap Sabah, walaupun pihak berkuasa Malaysia menegaskan tuntutan itu tidak lagi sah kerana negeri tersebut telah bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963.MI
KENYATAAN RASMI TERKINI AYAHDA:

Untuk pengetahuan, Ayahanda Tidak berkaitan Dengan Pengganas
mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL
TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan
Filipina. Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam
yang tidak berkemampuan Di Sulu.
Diminta pihak-pihak tertentu supaya Tidak membuat sebarang
spekulasi berkaitan Isu ini. Ikuti Perkembangan Melalui Media Massa dari
semasa ke masa.
Amar Maaruf Nahi Mungkar,
Sekian, Harap Maklum.
AYAHDA RIDZWAN MENAFIKAN MENYALUR DANA KEPADA PENGGANAS SULU:

Hamza Taib menunjukkan gambar Muhammad Ridzwan
Sulaiman yang dicari bagi membantu Operasi Daulat pada sidang akhbar di
Lahad Datu, semalam.
Walau bagaimanapun, katanya, beliau ada menyalurkan dana kepada masyarakat Islam di Sulu, Filipina.
Katanya, dana itu sebagai kerja-kerja kebajikan pertubuhannya bagi membantu masyarakat Islam di sana yang hidup dalam keadaan daif.
“Dana yang disalurkan adalah perkara biasa yang kami lakukan untuk membantu negara Islam dan masyarakat Islam di sana. Tiada kaitan dengan pengganas Kiram,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Polis hari ini melaporkan Muhammad Ridzwan merupakan individu dikehendaki kerana dipercayai merupakan penyalur dana kepada kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah.
Menurut Muhammad Ridzwan, beliau akan membuat laporan di balai polis sebelum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, bagi memberi keterangan berhubung perkara tersebut.
“Saya akan memberi kerjasama dengan polis. Saya baru tahu perkara ini kerana tadi pun ada seorang wartawan telefon saya.
“Saya agak sibuk kebelakangan ini kerana sedang dalam persiapan untuk bertanding sebagai calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai. Sekarang saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.sumber
0 comments:
Post a Comment