KUALA LUMPUR 28 MAC: Polis hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris
yang
dirujuk sebagai Papagomo dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu
lalu, sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.

Mengikut kenyataan media pada paparan facebook hari ini, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 julai 2002 hingga 30 Novemnber 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.
Azri kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.
Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Kenyataan berkenaan juga menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara ‘panjang lebar’ selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.
Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.KD
0 comments:
Post a Comment