• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Thursday, 28 March 2013

Dun Negeri Sembilan terbubar, lembaran baru sejarah
Suasana di luar bangunan Dewan Undangan Negeri kira-kira 10 minit selepas ia terbubar dengan sendiri tengah malam tadi.

PRU13
Tarikh pembubaran automatik
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM – Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.
Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri – berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.
Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.
Ketika ditemui wartawan di Seremban semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Adun negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar ‘Yang Berhormat’ selepas pembubaran Dun secara automatik.
Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya Umum 2008 tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.
Beliau yang juga Adun Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.
Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.
Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan Dun akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.
Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.
Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.
Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.
Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh perikatan bernama Pakatan Rakyat.
Pada 8 Mac lalu, BN memenangi 21 kerusi manakala Pas (satu), DAP (10) dan PKR (empat). Pada Oktober 2009, BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang.
Mohamad HasanMenteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), negeri ini perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar ‘Yang Berhormat’ selepas pembubaran DUN secara automatik, esok.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya 2008 lalu tamat, mereka masih boleh  menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.
“Walaupun tempoh Adun sudah berakhir tidak bermakna mereka tidak boleh meneruskan khidmat kepada rakyat. Mereka boleh berbuat demikian  mungkin bukan sebagai Adun tetapi sebagai pemimpin masyarakat.
“Mungkin pusat khidmat Adun tidak lagi sesuai tetapi kita di Barisan Nasional masih ada pusat khidmat parti yang memberi khidmat kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau yang juga Adun Rantau berkata semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah  rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.
Sementara itu Adun Klawang Datuk Yunus Rahmat berkata sama ada bergelar ‘Yang Berhormat’ atau tidak, selaku anggota dan pemimpin dalam parti politik, khidmat terhadap rakyat perlu diteruskan.sh
Katanya jika ia tidak diteruskan hanya kerana status ‘Yang Berhormat’ telah tamat, ia mungkin akan mendatangkan kesulitan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.
“Sepanjang terlibat dalam politik saya pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun dan beberapa penggal tidak ada jawatan itu, tapi saya tetap meneruskan khidmat kerana itu memang tugas orang politik,” katanya.
Bagi Adun Labu Datuk Hashim Rusdi pula khidmat terhadap rakyat walaupun selepas pembubaran DUN tidak ada bezanya kerana tanggungjawab itu sudah sebati dalam dirinya.
“Kita sebagai bekas wakil rakyat pun perlu meneruskan khidmat kepada rakyat kerana rakyat sudah mengenali kita sebelum ini sebagai wakil mereka,” katanya. – Bernama

0 comments:

Post a Comment