
NONENaib Presiden PKR N Surendran (kanan) berkata, kenyataan yang “menghina orang Hindu dan agama mereka” itu dikesan dalam video 5 minit di youtube.
“Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini,” kata Surendran.
Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu bawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.mk

Ahli parlimen bebas itu juga mempersoalkan kesucian Sungai Ganges, yang juga dikenali sebagai Ganga di India, yang dianggap suci oleh penganut Hindu.
“Saya pernah ke Sungai Ganga dahulu. Bagaimana boleh kata ia suci? Terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung,” kata Zulkifli yang direkod dalam video bertajuk “Zulkifli Nordin (PERKASA) menghina agama hindu” yang dimuat naik di laman sosial YouTube semalam.
Naib Presiden PKR N Surendran mengatakan kenyataan Zulkifli sebagai “serangan ganas” ke atas orang India di Malaysia.
“Kata-kata yang dikeluarkan Zulkifli Noordin adalah yang paling teruk dalam menyerang agama lain di negara ini,” kata Surendran yang dipetik dari lidah parti PAS, Harakahdaily, hari ini.
“Kita mahu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara menyiasat dan mendakwa Zulkifli Noordin di bawah seksyen 298A,” kata peguam tersebut, merujuk kepada Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang menyebabkan ketidakharmonian, dan mencetus kebencian antara kaum.
Zulkifli juga dilihat menghina penganut Hindu yang mahu membeli patung yang telah patah.
“Berebut Hindu beli Tuhan, Tuhan gajah, semua sudah patah, saya tanyalah, aci, apasal beli Tuhan sudah patah. Dia jawab ‘tak apa balik kita taruk plaster,” kata ahli parlimen bebas itu, yang dipecat dari PKR.
Ini adalah insiden kedua tahun ini di mana kepercayaan Hindu diserang.
Awal tahun ini, kolumnis Dr Ridhuan Tee Abdullah menimbulkan kemarahan MIC selepas didakwa menghina penganut Hindu dalam artikelnya di akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian pada 18 Februari.
Hari ini, pemantau hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengkritik Zulkifli kerana “tidak menghormati” masyarakat tersebut.
“Perbuatan menghina agama atau kepercayaan mesti dihentikan. Ahli politik seperti Zulkifli Noordin mesti ditolak dalam pilihan raya akan datang dan rakyat Malaysia mesti menolak politik kebencian kaum dan menghina agama lain,” kata pengarah eksekutif SUARAM Nalini Elumalai dalam kenyataan di laman web Facebook.
Video lima minit 30 saat itu turut menerima kritikan dari orang ramai yang memberitahu Zulkifli supaya menghormati agama lain.
“Tidak baik menghina agama orang lain, dia ni bodoh, dia benar-benar menghina agama lain. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan,” kata pengguna Youtube yang dikenali sebagai Amin Aiman.
Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong Barisan Nasional selepas beliau dipecat dari PKR pada 6 Mac 2010, kerana laporan polis yang beliau buat ke atas ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad.
Zulkifli membuat laporan polis berkenaan kenyataan Khalid bahawa undang-undang melarang bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” sebagai “sudah lapuk”.MI
ADMIN:
Kalau Zul dan Perkasa ni tak payah nak cerita la, nak ulas panjang-panjang pun tak guna semua dah tau NGO pro UBN ni sememangnya rasis..Boleh keluarkan kenyataan menyentuh sensitivity kaum tanpa perlu takut akan di ambil tindakan…Siapa berani sentuh Perkasa ni?Cuba hangpa perhatikan apa yang tak di lakukan kepada KM PP Lim Guan Eng oleh Perkasa, dan adakah mereka telah di ambil tindakan sehingga sekarang Perkasa semakin berani menyentuh isu-isu panas yang melibatkan kaum..Apa agenda sebenar Perkasa di tubuhkan,Adakah untuk menimbulkan suasana saling benci-membenci di antara kaum,Islam sendiri melarang umatnya menghina agama lain,Zul Nordin ni harus tunjuk kebaikan islam serta mendekatkan yang bukan islam kepada islam..Kini apa yang belaku sebaliknya..MIC satu lagi dunggu bengong tinggalkan UBN tunggu apa lagi..Dengan kejatuhan UBN sahaja dapat membisukan puak-puak macam Perkasa yang banyak di dalamnya katak-katak jadian…
HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!
0 comments:
Post a Comment