Pihak
polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menjalankan
pemeriksaan ke atas sebuah lori treler kempen PAS yang dihalang daripada
memasuki kawasan Kamunting, Taiping pada malam tadi.
Timbalan
Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata lori itu ditahan dan
diperiksa oleh JPJ dalam satu kejadian pada tengahari ketika kenderaan
itu dipandu dari Pengkalan Pegoh, dekat Gopeng ke Bandar Seri Iskandar
di Ipoh.Beliau mengesyaki pemeriksaan itu dilakukan untuk melengah-lengahkan perjalanan kenderaan tersebut, yang digunakan untuk program Jelajah Negara Berkebajikan di Bandar Seri Iskandar.
Asmuni berkata lagi, lori treler itu telah pun dilepaskan selepas sejam pemeriksaan dilakukan.
“Saya
sendiri tak tahu kenapa mereka periksa. Dia (polis dan JPJ) tak
beritahu. Tapi saya rasa ini adalah tujuan untuk melambat-lambatkan kami
untuk mengadakan program. Kerana sebentar nanti kami akan ada ceramah
di sini (Bandar Seri Iskandar).“Dia buat pemeriksaan biasa. Periksa tayar dan sebagainya. Tak ada apa-apa berlaku cuma dia macam nak melambat-lambatkan kami,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Asmuni lagi, kejadian hari ini merupakan kejadian kali kedua melibatkan lori treler tersebut selepas dihalang memasuki Kamunting, Taiping malam tadi.
“Malam tadi pula kita sepatutnya masuk ke Kamunting sebab ada program tapi dihalang oleh pasukan polis FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) untuk masuk Kamunting. Selepas itu kita beredar di kawasan lain tetapi masih Taiping dan hari ini, kejadian ini pula,” katanya lagi.mk





0 comments:
Post a Comment