Guan
Eng: Mahu mencadangkan Teng dimana pengerusi BN Pulau Pinang menjadi
ADUN selama tiga penggal. — Gambar fail oleh Choo Choy MayGEORGE TOWN,
28 Mac — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menerima cabaran Teng
Chang Yeow untuk berhadapan dan sebaliknya mencabar pengerusi Barisan
Nasional (BN) Pulau Pinang untuk bertarung di kerusi Padang Kota.“Saya mahu mencadangkan Teng kembali ke bekas kawasannya di Padang Kota dimana beliau pernah menjadi ADUN selama tiga penggal dan saya akan berhadapan dengannya di sana,” kata Lim.
Teng:
Enggan memberi komen. — Gambar failKetua Menteri Pulau Pinang itu
berkata, Chow tidak mempunyai bantahan untuk menukar kerusi dengan
beliau dengan pergi ke Ayer Putih, kerusi Lim dan membenarkan Lim untuk
berhadapan dengan Teng di Padang Kota.Dalam wawancara bersama sebuah portal berita, Teng mengatakan beliau sanggup melawan Lim dalam pilihan raya akan datang yang mesti diadakan sebelum 28 Jun.
Telah heboh diperkatakan Teng merancang untuk bertanding di kerusi Bukit Tengah untuk melawan calon kurang popular dari PKR Ong Chin Wen.
Lim mengatakan beliau tidak pernah mencabar sesiapa dan sekarang Teng yang mengeluarkan cabaran dan beliau hanya menyahut cabaran itu.
“Kita bertindak munasabah kerana kita akan bertanding di kerusi lamanya jadi beliau boleh pulang ke tempat beliau bermula,” katanya.
Apabila dihubungi, Teng enggan memberi komen tetapi mengatakan beliau akan menjelaskan pendiriannya dalam sidang akhbar esok.MI





0 comments:
Post a Comment