
“Kerajaan negeri mahu membeli iklan bagi program pembasmian kemiskinan untuk menghapuskannya pada tahun ini dan untuk mendaftar keluarga yang berpendapatan rendah.
“Kami pergi ke Harian Metro dan mereka berkata sekiranya iklan daripada kerajaan pembangkang Pakatan Rakyat, mereka tidak menerimanya,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang medianya pagi ini.
Bercakap selepas merasmikan saluran internet DAP Ubahtv, Lim berkata Harian Metro kekal dengan pendiriannya itu sekalipun dimaklumkan iklan tersebut tidak bersifat politik dan ia adalah daripada kerajaan negeri.
“Ini satu yang perkara yang pelik di Malaysia… Kami mahu memberi duit, tapi mereka tak mahu,” katanya.
Malaysiakini telah menghubungi bahagian pengiklanan NSTP, tetapi gagal mendapat penjelasan lanjut daripada mereka.MK
ADMIN-
Aku rasa
pihak Media telah di larang untuk menyiar apa-apa juga bahan atau cerita
tentang PR sekali pun ia berbentuk iklan yang lansung tidak berkaitan
dengan politik kepartian..Larangan pastinya datang dari kementerian
kalau tidak mana munkin Metro menolak dari berurusan dengan kerajaan
Negeri PP yang di pimpin oleh PR…Jangan kata aku fitnah pula, kalau tak
ada angin tak munkin pokok bergoyang kan simple.Kalau melibatkan
kementerian tentu dari UBN sebab sekarang ni yang mentakbir negara
adalah UBN tak gitu?Kenapa harus menyekat demokrasi media kalau
melibatkan PR tak boleh di siarkan,yang melibatkan UBN fitnah dan cerita
prono boleh pulak di siarkan..tak haram jadah ka namanya…Demokrasi dan
kebebasan Media apa yang di amalkn oleh UBN..
HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!
0 comments:
Post a Comment