GUA MUSANG - Pas tidak harus mencemuh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila rakyat Kelantan semakin menolak kepimpinan kerajaan Pas Kelantan menjelang pilihan raya umum akan datang.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat semakin sedar selama 23 tahun memerintah Kelantan tidak banyak kemajuan dibawa parti pembangkang itu."Kini sudah sampai masanya rakyat beri peluang kepada BN memerintah Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan masyarakat di Kampung Jerek di sini, hari ini.

PM:
Kenyataan Pemimpin UBN yang terlalu yakin akan mandat pentakbiran Kelantan akan kembali ketangan UBN selepas 20 tahun lebih berada di bawah PAS...Apa yang pasti langsung tak nampak perubahan atau tanda-tanda yang rakyat Kelantann menolak PAS seperti yang di katakan oleh tok PA,,,,Dah ramai hulubalang dan pendekar-pendekar UBN di kerah ke Kelantan sebelum ini dan semuanya senada dan seirama dengan tok Pa tetapi akhirnya kecundang di tangan PAS..Tok Pa tak payah la nak tipu diri sendiri sedangkan tok Pa sendiri tau kenyataanya UBN pasti akan kecundang sekali lagi di Kelantan pada pru13..Tetapi kalau dah yakin sangat kenapa tak minta Najib bubarkan Parlimen segera..