• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Thursday, 28 March 2013

Ada sebab PM tak bubar Parlimen
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tengah malam tadi tidak akan memberi kesan kepada prestasi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
NONE“Banyak benda kalau tak pernah mesti ada ‘pertama kali’, kita tengoklah macam mana,” katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PWN Excellence Sdn Bhd dan Weststar Aviation Service Sdn Bhd, di Langkawi hari ini.
Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan secara automatik yang merupakan pertama kali dalam sejarah politik negara dan sama ada ia baik atau tidak untuk BN.
“Pagi ini saya baca suratkhabar…ada sebab-sebabnya kenapa Datuk (Seri) Najib (Razak) tak bubar parlimen, ada beberapa perkara yang nak diselesaikan,” katanya.
Beliau juga yakin pilihan raya umum dapat diadakan serentak bagi negeri-negeri dan persekutuan.sini

Tun nak cakap apa lagi nasik dah jadi moi!.Najib belum jumpa tarikh untuk bubar atau tengah tunggu Green Light dari Kak Mah..Jawaban yang Tun M berikan macam tak ikhlas menunjukan yang Tun Kurang berpuas hati dengan Pentakbiran Najib yang amat memalukan UBN selama ini.Negeri 9 sekarang contoh Kerajaan Haram yang di takbir Menteri yang haram selepas pembubaran Dun Negeri 9 secara automatik semalam.Ini membuktikan PR kuat dapat menakutkan UBN negeri 9 sehingga takut membubarkan Dun sehingga terpaksa ia terbubar dengan secara sendiri..
Pentakbiran Najib amat memalukan
HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

0 comments:

Post a Comment