
PETALING JAYA 22 MAC: Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, didedah hari ini merupakan pengundi hantu berdasarkan bukti senarai daftar pemilih yang disemak KEADILAN.
Berikut kenyataan penuh pendedahan tersebut:
Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.
Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah
seorang
bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan
hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki
penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.
(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di SINI, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)
Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR.

Kami kemudiannya menyemak pula status
pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama.
Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi
biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan
menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi
di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
papagomospr2
Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.
Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:
Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor
Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi
hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan
mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo
ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana
rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang
mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?
Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang
bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang
penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam
masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang
mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan
fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam
isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.
Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.KD
0 comments:
Post a Comment