• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Sunday, 24 March 2013



Pengumuman Najib dibuat sebagai sebahagian daripada usaha pentadbirannya untuk meraih sokongan 700,000 pengundi daripada kelompok pemandu teksi diseluruh negara. – Gambar-gambar oleh Choo Choy May
PUTRAJAYA, 24 Mac — Putrajaya menyerahkan 1,000 permit teksi individu hari ini dan menjanjikan lebih lagi yang mana Datuk Seri Najib Razak berkata ianya merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.
Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha pentadbirannya untuk meraih sokongan 700,000 pengundi daripada kelompok pemandu teksi diseluruh negara yang marah dengan kelewatan pembaharuan dalam industri tersebut.
“Apa yang saya janjikan? Saya berjanji permit teksi individu. Walaupun banyak syarikat memberi pekerjaan, namun ada yang mengeksploitasinya.
“Ini satu lagi janji ditepati kerajaan,” kata Najib kepada 5,000 pemandu teksi dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Baru-baru ini, kumpulan pendesak mewakili pemandu teksi Lembah Klang menuntut permit teksi, dan berharap Putrajaya akan menerima permohonan permit teksi tanpa syarat kepada pemohon individu.Sistem sewaan sedia ada yang mana teksi dikehendaki membayar setinggi tiga kali pendapatan mereka kepada syarikat yang kebiasannya dikaitkan dengan politik yang digambarkan sebagai “perhambaan alaf baru.”
Kumpulan yang mendakwa mereka daripada Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi (TEKSI), menuntut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Datar (SPAD) untuk mendengar tuntutan mereka, yang telah dibawa untuk perbincangan.
Dengan pilihan raya yang semakin hampir, pentadbiran Najib dilihat cuba mengrlakkan perselisihan dengan kumpulan pengundi sasaran seperti pemandu teksi bagi menghadapi pilihan raya yang getir kali ini.
TEKSI dibentuk Oktober lalu selepas sejumlah pemilik teksi di Lembah Klang bersatu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada Putrajaya agar memudahkan mereka memperolehi permit teksi.
Kumpulan itu juga sebelum ini mengugut untuk menjadi duta Pakatan Rakyat sekiranya tuntutan mereka tidak diendahkan.
Najib hari ini mengesahkan apabila berkata pemberian permit itu akan memberikan kesan terhadap kerajaan pemerintah itu sangat serius menjaga kebajikan pemandu teksi.
“Mari kita teruskan bai’ah ini antara kita. Kita boleh berikan lebih banyak lagi lesen. Hanya perlu berbai’ah dengan kerajaan.
“Jangan lupakan kebaikan kerajaan,” katanya.
Perdana menteri keenam itu juga turut mengingatkan pemandu teksi berdasarkan pengumuman hari ini, Putrajaya, melalui SPAD, telah memberikan voucher RM520 sebagai subsidi tayar di bawah skim Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M) inisiatif untuk membantu pemandu teksi dengan kos penyelenggaraan.
Najib hari ini berkata, Putrajaya juga akan meneruskan bantuan berkenaan dikenali sebagai  “TR1M 2.0” termasuk bantuan RM500 bagi pemandu yang ingin membeli kereta dan menukarnya kepada teksi. Geran hanya layak untuk Proton Exora sahaja.
Tindakan itu dilihat akan membantu BN mengatasi seteru politik mereka untuk memastikan pemandu teksi rapat kepada kerajaan, perkara pokok yang membuktikan PR sekadar berjanji, kerajaannya yang akan menunaikan.
PR sebelum ini berjanji untuk memperbaiki masalah melibatkan pemandu teksi sekiranya mereka menguasai Putrajaya dalam PRU 2013.
“Sedangkan PR, kamu hanya menyaksikan Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0. Dengan BN, kita ada BR1M 1.0,  BR1M 2.0, TR1M 1.0 dan TR1M 2.0.
“Pembangkang hanya tahu cetuskan kekacauan. Kita pula membantu dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya.
Dua ratus daripada 1,000 lesen diberikan hari ini.
Beberapa pemandu teksi yang ditemui The Malaysian Insider nyata “teruja” dengan pengumuman Najib dan ada yang menyatakan ia akan meningkatkan sokongan kepada BN.
“Saya sangat gembira. Dah lama kami tunggu. Saya yakin ramai akan sokong BN,” kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Norman.
Syed Hamid menjelaskan permit tersebut yang tidak boleh dipindah kembali, akan diterima beserta insurans dan pakej selenggara.Bercakap kepada pemberita, pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan permit tersebut yang tidak boleh dipindah kembali, akan diterima beserta insurans dan pakej selenggara.
Pembayaran permit boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun.
“Antara syarat lain adalah pemandu mesti berusia 60 tahun ke bawah, dan jika terlebih umur, mereka perlu disahkan kesihatannya oleh doktor,” katanya.
Beliau turut mendedahkan SPAD dan kerajaan masih sedang membentuk model yang lebih effiktif untuk pemandu teksi dan dijangka akan diumumkan kelak.
“Apa yang kami lakukan adalah modenisasi industri teksi. Ia akan dilaksanakan apabila tiba masanya,” katanya.
Terdapat hampir 80,000 teksi di Malaysia dengan kebanyakannya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang, namun rekod rasmi menunjukkan  79,571 pemandu teksi berdaftar, dan 1,303 syarikat teksi seluruh negara. Syarikat-syarikat ini memiliki 31,978 permit atau 48 peratus jumlah permit teksi di negara ini.
Nah Hangpa Baca Ni..Banding Dengan Di Atas Najib Ciplak Idea Datuk Sri Anwar Ibrahim..UBN memang bangsat dah tak ada idea…
SABAK BERNAM 20 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta.
“Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat.  Insya-Allah,” kata Ketua Pembangkang itu.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di sini, Anwar menyifatkan sogokan  itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.
“Apa beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak bawa, kena bagi balik.
“Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini?
“Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu, laung Hidup Melayu,” sindirnya dan disambut sorakan rakyat.
Anwar tidak teragak-agak memanggil semua pemilik permit teksi untuk diserah kepada pemandu apabila Pakatan menang pilihan raya umum ke-13.
“Kita panggil semua tan sri yang pegang banyak permit. Tanya jika mahu permit, mesti bawa teksi tapi boleh satu sahaja. Selebihnya, bagi balik. Tak sanggup bawa, bagi balik kepada drebar teksi.
“Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar. Saya hendak tanya pemandu teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?” katanya yang disambut sorakan menolak sogokan Umno BN itu.
Baru-baru ini, kerajaan Umno BN cuba menawan hati pemandu teksi dengan membuat sogokan empat tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).
Ia dibuat dengan menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar tetapi pemandu teksi perlu keluar duit poket sendirti  jika harga melebihi had yang ditawar.

0 comments:

Post a Comment