• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Tuesday, 21 May 2013


ALOR STAR, 22 Mei — Ribuan menghadiri perhimpunan Black 505 di sini malam tadi dan ketua PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan mencari pasal kerana majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR).

Mahfuz (gambar) menganggarkan lebih 50,000 orang hadir di luar ibu pejabat PAS itu turut menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana memberi amaran terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.
“Saya nasihatkan Zahid untuk menerima majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat dan jangan mulakan perang dengan rakyat. Jadi rasional,” kata naib presiden PAS dan ahli Parlimen Pokok Sena itu dilaporkan berkata dalam laporan media.

Pesuruhjaya PAS negeri itu turut mengingatkan kerajaan BN Mukhriz kerajaan PAS dahulu membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan stadium dalam satu perhimpunan Januari lepas.“Kepada Mukhriz, saya nak nasihatkan dia jadi terbuka sedikit kerana dia masih muda. Dia tak patut berkelakuan seperti pemimpin Umno masa lampau yang menggunakan pendekatan konfrontasi dengan rakyat,” tambah Mahfuz.
Mukhriz, anak bongsu perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberikan kebenaran untuk PAS menggunakan stadium bagi perhimpunan Black 505 malam tadi.
Hadirin yang majoritinya Melayu datang seawal jam 6.30 petang untuk perhimpunan PR bagi menentang penipuan dan kesalahan pilihan raya dianjurkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini adalah hadirin yang luar biasa dan membuktikan orang seperti (presiden MCA) Chua Soi Lek salah,” kata ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul kepada pemberita selepas perhimpunan.
“Soi Lek kata hanya Cina yang hadir perhimpunan Black 505 akan tetapi apa yang kita saksikan malam ini orang Melayu ramai hadir.”
Diantara pemidato adalah Anwar, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan N Surendran.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan hadirin menghadiri perhimpunan Black 505 kebanyakkannya anak-anak muda Cina, mengikut garis pemimpin BN yang mengatakan “tsunami Cina” menyebabkan mereka hilang banyak kerusi dalam Pilihan Raya 2013.
Sebalum ini perhimpunan Black 505 diadakan di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan dimana ribuan engkar kepada arahan polis dengan memenuhi stadium dan tempat ceramah.
Dalam Pilihan Raya 2013, BN mendapat 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi. BN turut hilang undi majoriti pertama kali semenjak tahun 1969.TMI

Immigrants Owe Govt RM21.67 mil


The Sabah Royal Commission of Inquiry was told that the cost of medical treatment for immigrants was higher than the RM7.7 million for Malaysians over the same period.
KOTA KINABALU: Foreign nationals owe Sabah hospitals RM21.67 million in medical bills from 2007 to 2012, the Royal Commission Of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in the state heard yesterday.
Principal assistant director of health (Communicable Diseases Control), Sabah Health Department, Dr Maria Suleiman said it involved 42,092 foreigners, mostly from the Philippines and Indonesia.
The RM21.67 million should have been paid by the foreigners after completing medical treatment in hospitals and clinics but they did not pay when asked.
“When the Health Department refered payment to the addresses given, they were not there and they could not be contacted by phone.”
The 75th witness said the cost of treatment was higher than the RM7,723,839.23 for Malaysians over the same period.
Conducting officer  Azmi Arifin was told between 2000 and 2011, some 1.3 million or 53.41 percent foreigners were given outpatient treatment in Sabah hospitals.
Dr Maria said some 295,053 foreign nationals were warded over the same period. A total of 122,882 births by foreigners were also recorded.
For treatnment, the foreigners only had to bring their passport, work permit And IMM13 (temporary identification receipt) but most did not have any personal documents.
She told observer lawyer John Sikayun of Sabah Law Association that hospitals continued to treat foreigners as doctors could not turn away patients.
The inquiry was also told that the government spent RM614,355 on foreign juvenile detainees from 2007 to 2012.
It was the average cost of managing juvenile detainees at Keningau Henry Gurney School and Kota Kinabalu Henry Gurney School.
Deputy Superintendent of Kota Kinabalu Prisons Kalbin Mohd Said said the foreign detainees were from the Philippines and Indonesia.
The proceedings is being held before a five member panel headed by former chief judge of Sabah and Sarawak, Steve Shim Lip Kiong continues tomorrow.
Other members are former Universiti Malaysia Sabah vice-chancellor Prof Dr Kamaruzaman Ampon, former Kuala Lumpur police chief Henry Chin Poy Wu, former Sabah state secretary Kee Mustafa and former Sabah deputy chief minister Herman J.Luping.FMT
.


NGO tersebut meminta pemimpin Pakatan mengambil langkah pencegahan untuk mengelak menjadi mangsa keganasan penyokong BN.


PETALING JAYA: Institut Budaya Politik (IBO) sebuah NGO yang memerhati politik tanah air meminta pemimpin Pakatan Rakyat supaya memberi tumpuan yang lebih  kepada keselamatan ahli parti dan penyokong yang sering menjadi mangsa keganasan penyokong BNNGO tersebut turut meminta pemimpin Pakatan Rakyat  supaya mengambil langkah-langkah pencegahan (preventive measures) untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berulang.
Pengasasnya, S Gobi Krishnan berkata, IBO berasa sedih dengan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang enggan atau tidak mampu  mempertahankan penyokong mereka daripada serangan oleh penyokong BN.
“Sejak kebelakangan ini, serangan dan keganasan terhadap penyokong PR menjadi satu budaya politik BN yang memang terkenal dengan serangan-serangan begini,’ katanya.
“Tetapi, apa yang sedih adalah sebahagian pemimpin PR gagal memainkan peranan seperti pemimpin sebenar,” tambah beliau.
Merujuk kembali sebuah insiden yang berlaku di hadapan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya tahun lepas di mana sekumpulan kecil (lebih kurang 20 orang) pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri di atas isu ketiadaan kad pengenalan diri seorang pelajar.
`Kumpulan kecil diserang’
“Kumpulan kecil ini diserang oleh sekumpulan besar (lebih kurang 200) pemimpin, ahli dan penyokong (termasuk samseng) dari parti MIC.”
Di dalam insiden ini, dua orang ahli dan penyokong Pakatan Rakyat diserang sebegitu rupa dengan seorang daripadanya cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Beliau terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani pembedahan di bahagian mata.
“Sedangkan membuat laporan polis tiada sebarang siasatan mahupun tangkapan dibuat oleh pihak polis walaupun kejadian ini berlaku di hadapan pejabat PM dengan kawalan keselamatan yang ketat oleh pihak polis itu sendiri dan dilengkapi banyak CCTV yang sudah pasti merakam kejadian tersebut.”
Apa yang berlaku seterusnya adalah pimpinan parti Pakatan Rakyat mengadakan sidang akhbar seperti biasa dan mengutuk kejadian tersebut.
“Dan selepas itu, masing-masing meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa sebarang tindakan susulan. Tetapi, ahli Pakatan Rakyat yang cedera itu, terpaksa membayar sendiri kos rawatan beliau di hospital dan kembali meneruskan kehidupan beliau,” kata Gobikrishnan.
“Kes ini adalah salah satu contoh terbaik pemimpin PR gagal menunaikan tanggungjawab mereka,” Tambahnya.
Banyak kejadian serangan
Menurut beliau lagi, semenjak itu, banyak lagi kejadian serangan seperti ini yang berlaku, termasuk yang baru-baru ini di Pulau Pinang.
Namun pimpinan Pakatan Rakyat  seperti biasa hanya mengadakan sidang akhbar dan kemudian tutup buku.
Gobikrishnan kata sebagai pemimpin tugas pemimpin adalah untuk memimpin. Bukan sekadar mencari publisiti murahan dengan mengadakan sidang akhbar demi sidang akhbar.”
“Ya, sidang akhbar memang perlu untuk menghebahkan perkara tersebut dan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk bertindak,” kata beliau.
Namun, tidak sepatutnya terhenti di situ sahaja, emimpin seharusnya mengambil tahu hal kebajikan ahli dan penyokong mereka.
Pemimpin seharusnya memikirkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan dan kebajikan ahli dan penyokong mereka.
“Sebagai contohnya, sekiranya ahli atau penyokong diajak berhimpun atau mengadakan sebarang bantahan akan sesuatu isu, maka pemimpin seharusnya bersedia dengan pasukan atau kumpulan yang mampu menjaga keselamatan ahli dan penyokong mereka.”
“Kita boleh ambil contoh parti PAS dengan Unit Amal yang berperanan menjaga keselamatan ahli mereka.”
Unit amal
Unit amal ini dilatih sebegitu rupa supaya mereka kekal profesional dalam menjalankan tugas walaupun mereka bertugas secara sukarela. Inilah yang harus dicontohi.
Ingatlah bahawa siapalah pemimpin tanpa ahli atau penyokong.
“Saya pasti ramai ahli atau penyokong Pakatan Rakyat  yang sanggup mempertahankan pemimpin mereka tanpa menghiraukan keselamatan diri, maka pemimpin juga harus berfikiran  sedemikian, ” kata beliau.
Menurutnya, seorang pemimpin tulen akan mengepalai perjuangan di barisan hadapan dan bukan hanya duduk di kerusi empuk mengarahkan ahli bawahan berjuang semata- mata.
Ingatlah bahawa sikap menuruti kata pemimpin secara membuta tuli adalah ajaran rejim Umno-BN yang patut dielakkan.
Kita adalah pelopor politik era baru, maka kita seharusnya betul-betul mempelopori politik era baru dimana pemimpin dan penyokong duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, katanya.FMT

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik, mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU 12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menempelak Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan bertanya mengapa Naib Presiden Umno itu mempertahankan rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009.
“Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU 12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?,”  kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin.
Beliau juga mendakwa Zahid sengaja memutar belit isu perhimpunan Ahad ini.
“Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perhimpunan di depan Amcorp Mall di sini disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan jawatankuasa tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.
Badrul Hisham mendakwa SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah.
“Malah, kononnya SPR direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit.
“Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan,” tambahnya.
SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Dalam Negeri jangan mengulangi kesilapan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.
“Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor,” katanya.FMT

SPR Buka Beg Kertas Undi



Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.
Ketua AMK Ketereh Mohd Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.

“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.

Katanya cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.

Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.

Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.mk



Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'. Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum. Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong. Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa. "Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan. "Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin. Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan dan kumpulan NGO "Kita tidak mainlah dengan spring-spring ni, yang main spring adalah Umno dan BN," katanya sambil membidas bahawa BN yang sepatutnya 'angkat beg' keluar daripada Malaysia kerana mendapat undi popular 47 peratus berbanding Pakatan dengan 51 peratus. Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden N Surendran serta Ketua Srikandi Siti Aishah Sheikh Ismail turut menghangatkan suasana apabila menempelak kerajaan yang menahan Adam Adli sekaligus menaikkan semangat anak muda dengan suara tegasnya. "Kita harus bangkit dan pertahankan negara kita. Dia (pihak berkuasa) mula tangkap Adam Adli yang dikatakan mahu gulingkan kerajaan. "Sedangkan dia minta rakyat pertahankan kerajaan yang sah, menerima demokrasi bukan menerima penipuan. Tapi buat tindakan (dengan menahannya) untuk takut-takutkan orang lain. Inilah kebangkitan anak muda, kita kena jayakan," kata Anwar. Mengulangi ucapan dengan mempersoal dan membangkitkan isu penipuan dalam pilihan raya umum lalu, Anwar mengajak rakyat bangkit sekali gus mempertahankan negara ini daripada penipuan khususnya dalam pilihan raya umum lalu. Beliau mendakwa wujudnya "penipuan besar-besaran" pada pilihan raya umum lalu termasuk dakwaan pengundian warga asing, isu penggunaan dakwat kekal, kertas undi ditemui kawasan mengundi yang lain dan jumlah kertas undi dikeluarkan lebih daripada jumlah pengundi di suatu kawasan. "(Sebenarnnya) kita sudah menang pilihan raya ini. Kita perlu mempertahankan kemenangan kita... Kita perlu pertahankan keputusan pilihan raya-13 dan tuntut Putrajaya sekarang daripada kerajaan. "Kita boleh terima, kalau tidak ada orang asing, dakwatnya yang digunakan itu kekal. Tapi jika kamu (kerajaan) tidak boleh mempertahankan, jangan sesekali berani kata pilihan raya itu sah," katanya. Anwar turut menempelak pemimpin Umno dan NGO pendesak Melayu PERKASA yang berdiam diri dengan pelantikan pemimpin Hidraf P Waythamoorthy yang didakwanya mempertikaikan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, dalam kabinet. "Mana dia PERKASA, mana dia Pemuda Umno. Bangkit. Ada satu suara Pemuda Umno, PERKASA pertikaikan pelantikan ini?... Ini dia politik kemunafikan dan kepura-puraan," tegas Anwar. Anwar turut menjangkakan suhu politik pada beberapa minggu berikutnya mungkin "sedikit tegang". Bagaimanapun beliau berharap rakyat dapat "bersabar, pertahankan keamanan dan mengikut arahan" pimpinan Pakatan.mk

Friday, 17 May 2013

Why did you drop us, Najib?


Angry SPDP members have called for the party leaders to pull out of BN over its exclusion from the federal cabinet despite delivering four parliamentary seats.
KUCHING: Angry Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) members across the state have been advised to stay calm and allow its party leaders to query Prime Minister Najib Tun Razak’s decision to drop them from the federal cabinet.
Najib had, on Wednesday, excluded the party from his cabinet list.
SPDP won all its four parliamentary seats – Anthony Nogeh (Mas Gading), William Mawan Ikom (Saratok), Anyi Ngau (Baram) and Tiong King Sing (Bintulu) – and was expecting to be amply rewarded with one full minister and a deputy or at least two deputies.
In the previous cabinet, SPDP had two deputy ministers. The party had also retained six of the eight state seats it contested in the 2011 Sarawak elections and was thus confident of its ‘clout’.
The last 48 hours saw angry spews by SPDP members calling on the party leadership to review the party’s position in the Barisan Nasional coalition if none of its MPs are included in the cabinet.
SPDP’s exclusion is in direct contrast to peninsular-based MIC’s inclusion. Both parties had won four parliamentary seats.
MIC was rewarded with two full ministers – G Palanivel (Cameron Highlands) and Dr S Subramaniam (Segamat) – and two deputies – M. Saravanan (Tapah) and P Kamalanathan (Hulu Selangor). The party’s dismal performance in 2008 was not bettered in the 2013 general election. It somewhat retained the 2008 status quo.
Then there is Sarawak United People’s Party (SUPP) which lost all but one parliamentary seat – Serian through Richard Riot – and was also rewarded with a full minister post for Riot.
Speaking to FMT today, SPDP deputy secretary general Paul Igai said: “I cannot blame party members if they are angry, because it is difficult to accept the Prime Minister’s decision.
“It is really shocking to us, as we expected to be given one ministerial post and a deputy ministerial post or at least two deputies.
“I know how the members feel. The party has been excluded from taking part in the federal government.
“They’ve even asked whether it was a deliberate attempt to exclude us or whether it was a gross oversight on the part of the Prime Minister.”
Awaiting news from PM’s Department
Igai, who is also the Chief Minister Taib Mahmud’s political secretary, said the party’s top leadership had already got in touch with the Prime Minister’s Department over the issue and is hoping for a solution within a week or two.
“There is still light at the end of the tunnel after we contacted the Prime Minister’s Department, so I appeal to all members to remain calm.
“Let the party leaders settle the issue. We should be able to know the result of our meeting with the Prime Minister in one week or two,” he said.
Igai said that he would be visiting SPDP branches through the state to explain to them and ask them to remain calm.
During the campaign for Nogeh in Mas Gading, SPDP president William Mawan Ikom told a gathering of Bidayuhs that if Nogeh won the seat, he would be recommended to be appointed as deputy minister in the federal cabinet.
He had also told voters that Tiong King Sing could be appointed as a full minister if he won the Bintulu seat.
“Now we have won all our seats, but our victories are not appreciated,” Igai lamented.
Najib’s new cabinet has given extensive clout to Taib’s Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) party.
Of the 11 ministerial positions, seven were set aside for PBB. The balance four was divided between Parti Rakyat Sarawak (PRS) and SUPP.
In an immediate reaction yesterday, PRS president James Masing also expressed shock and bewilderment.
He said Najib had been unfair to the Dayak majority parties which had contributed 10 of the 25 parliamentary seats towards the federal Barsian Nasional’s end tally to secure Putrajaya.
Said Masing: “Something is wrong somewhere. The allocations don’t make sense. Parti Pesaka Bumiputera was given four (full) ministers (57%), PRS one (33%) SUPP one (100%) and SPDP has zero (0%). Where’s the fairness?”
PRS was expecting at least one full minister and two deputies. Instead former deputy minister Joseph Salang Gandum was retained as a deputy minister, and transferred to the tourism and culture ministry.
He apparently saw it as a ‘demotion’ from his previous information and communition ministry and has since refused the offer.
Another MP Joseph Entulu was appointed Minister in the PM’s Department but he too is apparently unhappy and has “recluctantly” accepted the post at the behest of Masing.
PRS, which has six MPs, is scheduled to hold an emergency meeting of its supreme council later today to discuss the federal cabinet line-up.
It would also discuss a suitable replacement for Salang and the party’s next move.

Monday, 13 May 2013

Pembelian Undi Besar-besaran Di PP,

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/05/Sim.jpg
BAYAN BARU 13 Mei: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU)  lalu, dipercayai melibatkan peruntukan berjuta ringgit.
Katanya, perancangan cukup rapi dan sistematik itu dilakukan pihak tertentu dengan pemberian voucher kepada pengundi, yang kemudian ditebus dengan wang tunai selepas pilihan raya.
SimKatanya, sejak Jumaat lalu, pengundi di beberapa kawasan dikesan membawa voucher tersebut untuk mendapat bayaran. Antaranya di DUN Sungai Dua di Bayan Baru, DUN Pulau Betong di Balik Pulau dan DUN Tanjung Bungah.
“Masa PRU,  pihak berkenaan telah beri voucher dan beritahu pengundi kalau BN menang, mereka boleh dapat special bonus. Selepas PRU, mereka mula memberi special bonus ini. Pengundi dibayar dengan anggaran RM120 hingga RM200 setiap seorang,” ujarnya kepada keadilan daily.
Menurutnya, Laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibuat bersama bekas Speaker Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain Jumaat lalu, namun tiada tindakan diambil.
Sim 3Malah ketika beliau melawat tempat berkenaan semalam dan kelmarin, pemberian tunai tersebut masih terus berjalan.
“Ini kes yang besar kerana menunjukkan pembelian undi besar-besaran  berlaku di Pulau Pinang dan kita tidak nampak ada tindakan.
“Di tempat yang kita kalah, semuanya kalah dengan marjin yang cukup rendah. Maka mungkin pengundi dipengaruhi dengan pemberian special bonus untuk mengundi Barisan Nasional,” ujarnya.
Menurutnya, pihaknya mengesyaki pembelian undi itu dilakukan di banyak tempat, membabitkan puluhan ribu pengundi dan peruntukan jutaan ringgit.
“Siapa yang mempunyai kekuatan organisasi yang begitu besar untuk mengagihkan wang berkenaan dan kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan?” Soalnya.
Menurutnya, pagi tadi, enam calon DUN dan seorang calon parlimen dari Pakatan Rakyat, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.
SPRMMereka ialah Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (DUN Pulau Betong) Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau) Roshidi Hussein (DUN Penaga), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar) dan Ahmad Zaki Yuddin Abd Rahman (DUN Pinang Tunggal).
Laporan itu dibuat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954  kerana memberi wang sogokan atau rasuah sama ada sebelum, semasa  dan selepas pilihan raya.
KUALA LUMPUR 13 MEI: Hampir 30 polis mengepung Dataran Merdeka kira-kira jam 1.30 petang tadi bagi menghentikan program ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ anjuran kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’.
Empat peserta ditahan dan diminta menyerahkan kad pengenalan kepada ASP Garvinder dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Salah seorang peserta yang ditahan, Ali Abdul Jalil berkata, polis meminta mereka segera bersurai dan menghentikan sebarang perhimpunan dan provokasi menentang kerajaan.
“Kami akan teruskan flash mob ini selagi media arus perdana terus dengan provokasi perkauman,” kata aktivis itu kepada Keadilan Daily selepas dilepaskan.
Kumpulan berkenaan dijadualkan berarak ke Sogo, KLCC dan berakhir di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCHAH) jam 8 malam ini.
Dataran
Tiga lagi peserta yang ditahan adalah Syukri Kamaruddin, Mohd Haisham Yatiran dan Mohd Haishiram Yatiran.
Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan polis beberapa minit kemudian.
tahan‘Flash Mob Menolak Perkauman’ diadakan serentak hari ini pada jam 1 petang di seluruh negara termasuk Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan) dan Kelantan (Kota Bharu).
Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman Cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.
KUALA LUMPUR 13 MEI: Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13  (#Black505) 8 Mei lalu mendapat liputan luas media antarabangsa termasuk Cable News Network (CNN) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
CNN dalam laporannya menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat telah ‘dicuri’ berikutan banyak penyelewengan dan salah laku oleh pengendali pilihan raya Malaysia, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pembangkang Malaysia menolak keputusan pilihan raya. Pembangkang Malaysia menyatakan SPR dicemari campur tangan kerajaan.
“Bukan sahaja Anwar Ibrahim menyatakan ada berlaku penyelewengan pilihan raya, malah NGO Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menjangkakan penipuan beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung.
CNN“Ia (pilihan raya) takkan dijalankan secara adil,” lapor koresponden CNN yang berpangkalan di Singapura, Liz Neisloss.
Liz Neisloss yang mengikuti perjalanan PRU 13 menyatakan, himpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu mencecah kehadiran 120,000 orang.
Dalam pada itu lapornya, sebuah tribunal rakyat dituntut supaya ditubuhkan di Malaysia bagi menyiasat setiap bukti penyelewengan PRU 13 yang dikemukakan.
CNN turut melaporkan kenyataan SPR bahawa sebarang petisyen bantahan pilihan raya boleh dibuat melalui mahkamah.
“Namun ada maklumat mengatakan pengendali pilihan raya (SPR) di Malaysia tidak akan melakukan apa-apa, meskipun (penipuan) dibuktikan di mahkamah.
“Ini kerana ia (SPR) adalah institusi di bawah kawalan kerajaan,” laporan CNNdipetik.kd
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menunjukkan bukti terhadap dakwaannnya bahawa masyarakat Cina cuba “merampas kuasa politik” daripada orang Melayu dalam pilihan raya umum lalu.
“Bolehkah Datuk Mohd Noor memperlihatkan bukti bagi menyokong tuduhannya bahawa orang Cina sedang mengatur untuk merampas kuasa politik daripada orang Melayu?” soalnya.
Lim (kanan) sebaliknya berkata, kenyataan “mengugut” itu bertujuan menutup kegagalan menjawab isu rasuah oleh pelbagai bangsa dalam BN.
Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang juga mempersoalkan peranan Mohd Noor kini yang menjadi ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah.
“Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM membenarkan siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah untuk keluar ialah dengan mengeksploitasi kebencian kaum bagi menyorokkan kegagalan mereka,” katanya.
Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.
Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.mk
Screen shot akaun Twitter Zulkifli ditangkap pada 2:32:34, 13 Mei 2013KUALA LUMPUR, 13 Mei — Datuk Zulkifli Noordin malam tadi membangkitkan tentang insiden 13 Mei apabila beliau menuduh Penasihat DAP Lim Kit Siang di belakang rusuhan kaum terburuk Malaysia dikala pemimpin Umno terus-menerus menyalahkan keputusan pilihan raya minggu lepas sebagai “tsunami Cina” yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013, membuat pertuduhan dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut.
“Esok 13 Mei … ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M’sia angkara cauvinis trmsuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!,” tulis Zulkifli melalui akaun Twitternya @zulkiflinoordin lewat malam tadi.
Lim seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.
Menurut rekod polis, 196 orang terbunuh dalam rusuhan diantara kumpulan Melayu dan Cina, beberapa hari selepas keputusan pilihan raya umum.
Dalam pilihan raya 1969, gabungan Perikatan Umno, MCA dan MIC hilang undi popular tetapi menang pilihan raya.
Dalam Pilihan Raya 2013, pengganti Perikatan menang pilihan raya tetapi hilang undi popular.
Zulkifli Noordin: Kempen ABCD — Asalkan Bukan Cauvinis DAP Gambar failPresiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.
Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka depan akhbar berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.
Akhbar dilihat — bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad — dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.
Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.
Semalam, Najib mempertahankan partinya daripada pertuduhan perkauman, sebaliknya menuduh DAP yang bersikap perkauman.
Di sebalik dakwaan Umno, analisis keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan perpecahan bandar-luar bandar berbanding perpecahan Melayu-Cina dalam corak pengundian rakyat Malaysia minggu lalu.
Walaupun majoriti daripada Cina menyokong parti PR, terdapat angka signifikan undi Melayu terhadap parti pembangkang, terutamanya di kawasan bandar.
Zulkifli, yang mengangkat dirinya sendiri sebagai pejuang hak asasi Melayu-Muslim turut menggesa dalam tulisan di Twitter agar rakyat Malaysia menyertai kempennya digelar “ABCD Asalkan Bukan Cauvinis DAP”.
“Ingat 13 Mei,ingat DAP!Ingat 13 Mei,ingat Malai-seh!,” tulis beliau di Twitter.
Semenjak DAP menjadi sasaran serangan Umno, ia telah disokong oleh rakan PR PKR dan PAS yang sebahagian besarnya adalah Melayu.
Semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.
Dalam sebuah forum, bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk “merampas kuasa politik” daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari “setia kawan” Melayu.TMI
Admin:
Aku rasa Zul Katak@101% muka tak tau malu dah mula berkempen pulak nak kata bodoh peguam tapi perangai macam budak tadika,Perasan bagus kaitkan 13MEI dengan Kit Siang dan cuba mengapi-apikan rakyat dengan kempen ABCD  Asalkan Bukan Cauvinis DAP..Zul katak kalau nak di bandingkan Kit Siang dengan hang macam langit dan bumi,Semasa Kit Siang aktif dalam politik hang dok telanjang lagi jangan dok tunjuk pandai Cerita 13Mei hang boleh rujuk pada Tamrin Gafar dia boleh cerita kejadian sebenar dekat hang…Kalau tak tau cerita duduk diam jangan nak tunjuk pandai…
Kemerosotan Umno BN pada pru13 di kaitkan dengan DAP dan cina, Zul Katak kamjat ni pun dah di tendang rakyat pun tak sedaq diri masih lagi bermain dengan isu perkauman,sebelum ni menghina kaum india salah satu sebab kekalahan dan di tolak rakyat  di Shah Alam sekarang isu Cina pulak..Aku pun tak faham maksud Sunami Cina yang di maksudkan oleh Zul Katak kamjat ni dan Najib,Apa yang aku tau adalah sunami rakyat bukan sunami Cina…
Pesepsi Umno BN sekiranya Cina atau India yang menolak Umno BN dan memilih PR di anggap menolak melayu betoi ka Pesepsi tu!..Adakah Umno BN sahaja melayu dalam Malaysia ni jangan tunjuk sangat yang puak Umno BN ni bodoh-bodoh belaka!
MCA parti yang sepenuhnya boleh di katakan di anggotai kaum Cina, Gerakan juga di lihat sebagai parti untuk kaum Cina walau pun tak semua ahlinya berbangsa Cina bersama dalam perikatan atau BN telah di tolak rakyat pada pru13..Kalau logik akal seperti mana Umno BN katakan sunami Cina MCA dan Gerakan pasti menang besaq…Tak ada la Kho Soo kun letak jawatan sebagai Presiden Gerakan,Chua Soi Lek di desak meletakan jawatan kerana prestasi buruk pada pru13..
Zul Katak jangan serebu Cina dan Dap bukan rasis tetapi mereka menolak parti korap,rasuah,kroni dan rasis macam Umno BN,Dan ini berlaku bukan hanya kaum Cina sahaja mainkan peranan penting tetapi seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum baik Cina.Melayu,India,Siam,Iban,Dayak,Kadazan dll.
Jangan Cuba cetuskan ketegangan kaum hanya kerana kecewa Umno BN di tolak rakyat kaum Cina di jadikan mangsa dan kambing hitam.
Aku harap pihak polis jangan pandai beri amaran dan tangkap pemimpin PR kononnya cetuskan provokasi kaum,Kalau pihak Umno BN terang-terang mainkan isu perkauman polis tutup mata pekakan telinga mengambil sikap double standard…
Hangpa PIKIAQ LA SENDIRI!
Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ‘Umno bukan parti rasis’.Najib menyatakan demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam kelmarin.“Mipas mempertikaikan kenyatan Najib, jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mengatakan bahawa kekalahan dan kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah punca tsunami kaum Cina,” kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan (gambar) dalam satu kenyataan.Katanya, Najib mengalih isu sebenar dan sengaja mencetuskan perkauman dengan menghidupkan semula pertengkaran antara kaum.Beliau berkata, hakikat sebenarnya ialah bukan Tsunami Cina tapi Tsunami Rakyat, itulah realiti yang sedang belaku.Tambah beliau, Najib dan Barisan Nasional harus menerima kenyataan yang sebenar bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan dan mereka bebas mengundi serta memilih mana-mana wakil calon yang mereka sukai.“Jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mencalonkan Zulkifli Noordin di Shah Alam mewakili kerusi BN, sedangkan Zulkifli Noordin pernah menghina kepercayaan penganut agama Hindu,” ujarnya dengan menegaskan Mipas tidak boleh menerima kenyataan Najib itu.Begitu juga, ujarnya tidak ada sebarang tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia keluaran muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina Mahu?’ selepas PRU13.Malahan, kata beliau tidak ada apa-apa tindakan dan teguran sama sekali terhadap kenyataan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah, dan banyak lagi isu-isu berbau perkauman dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sebelum ini.“Jadi isu sama ada sebarang parti, sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat mahupun Umno atau parti-parti yang lain bukan rasis atau rasis tidak lagi relevan kerana pengundi, rakyat mengundi mengikut matlamat perjuangan dan manifesto yang diketengahkan oleh parti masing-masing dalam PRU yang ke-13 ini,” ujarnya lagi.Ini, kata  Barathidasan boleh dibuktikan dengan kekalahan calon Bebas yang lebih pro kepada Umno dan BN, Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, satu kawasan yang majoriti nya pengundi Melayu walaupun calon Umno BN Che Johan telah menarik diri daripada bertanding, begitu juga dengan kekalahan Zulkifli Noordin di Shah Alam.Sebenarnya, bagi beliau Umno harus sedar dan ikhtibar mengenai realiti dan perubahan landskap politik Malaysia yang kini lebih kompleks, matang dan jauh berbeza daripada tahun-tahun 40-an, 50-an, 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan sehinggalah menjelang tahun-tahun dekad akhir pertama abad ke-12 ini.Menurutnya, perkembangan globalisasi, ledakan internet dan media sosial serta pemikiran yang lebih berani dan telus ditambah dengan arus pengetahuan dan fahaman yang membina daripada generasi yang muda semakin menuntut kepada dinamisma dan anjakan paradigm dalam semua aspek pembangunan negara.“Maka isu rasis bukan lagi menjadi persoalan pokok atau isu lagi dalam arena politik Malaysia masa kini kerana trend tersebut semakin berkurangan,” katanya.HD
IPOH: Himpunan Blackout 505 di Ipoh malam tadi menyaksikan ribuan lagi rakyat Perak turun bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum itu, mula berkumpul di Perkarangan Pejabat Parti KeAdilan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh, sejak petang lagi.
Mereka masing-masing membawa sepanduk dengan mesej membantah sebarang unsur penipuan dan manipulasi yang berlaku pada PRU13 lalu.
Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap malam tadi menyeru rakyat bangkit melawan sebarang penipuan yang berlaku.
Tegasnya, PRU13 yang lalu adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.
Menurutnya, kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.
“Kami sudah biasa ditipu dalam pilihanraya namun pada kali ini (PRU13) penipuan berlaku dengan sangat dahsyat sekali dan rakyat perlu bangkit menuntuk hak pilihanraya yang adil,” katanya dihadapan ribuan hadirin.
Jelas Anwar, protes sedemikian bukan bermakna Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan tetapi rakyat tidak sangup terus ditipu oleh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kami bukan tidak mahu terima kekalahan tetapi rakyat tidak mahu terus tertipu, jika tidak bangkit penipuan akan terus berlaku dan mereka akan terus kekal berkuasa.
“Jika tiada penipuan, negeri ini (Perak) sudah pasti akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Perak adalah destinasi ke tiga setelah berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor dan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Khairy Tibai Sapa Ni,Mat Said Ka?

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/942038_378905875561902_1603834297_n.jpg
Sapa makan cabai dia yang rasa pedas!Cuba tanya Mat Said tentu dia faham dengan maksud tweet Khairy Ni….
HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!
Lim Kit Siang
Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.
“BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan,” katanya di sini, semalam.
Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.
“BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.
“Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN,” katanya.
Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: “Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita  tak perlu jawab apa-apa cabaran.”SH
 Rakyat Malaysia telah mengajukan rungutan kepada petisyen online White House berkenaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan sejumlah 222,000 tandatangan telah diterima dalam masa seminggu dan menjadikannya isu kedua popular menurut Associated Press.
Petisyen online Presiden Amerika Syarikat Barack memerlukan 100,000 tandatangan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai rasmi kerajaan.
Menurut laporan AP, laman web pentadbiran Obama “Kami adalah Rakyat” telah dimulakan pada 2011 sebagai projek kerajaan terbuka untuk pengguna Internet.
Walaupun hanya untuk rakyat AS, syarat mengumpul tandatangan online itu kekal terbuka yang cukup bagi membolehkan aktivis luar negara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sendiri untuk menyuarakannya di peringkat antarabnagsa, kata AP.
Laman berkenaan bagaimanapun tidak memerlukan kerakyatan seseorang.
Mereka hanya perlu berusia 13 dan ke atas dan mempunyai alamat emel yang sah bagi mencipta akaun bagi memulakan petisyen.
White House juga berkata akan memberikan layanan sama terhadap petisyen dari luar negara. Kerajaan AS bagaimanapun masih lagi belum memberikan maklum balas terhadap petisyen Malaysia itu.
Sebarang kritikan AS terhadap pilihan raya tercetus minggu ini apabila Jabatan Negara AS mengiktiraf keputusan pilihan raya, sambil mengakui kewujudan keraguan dalam pilihan raya, lapor AP.
Petisyen “spoke out the dissatisfactions to the international communities successfully”, oleh virologist dan penganjur petisyen, Kuan Ping Ang, berkata di laman Facebook miliknya, seperti dilaporkan AP.
Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya lalu namun tewas undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).
BN hanya memenangi 47 peratus undi sedangkan PR memenangi lebih separuh jumlah undi popular.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR telah menganjurkan dua perhimpunan – di Petaling Jaya dan Pulau Pinang- bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati yang dakwa mereka telah ditipu.
PR telah mengkritik berkenaan paten pengundi yang meragukan, keraguan dalam menguruskan peti undi, dan isu lain yang mana DAP dan PAS berdiam diri berhubung petisyen keputusan pilihan raya.
PR berkata mereka menjangkakan 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, akan diteruskan dengan perhimpunan sekali lagi di Perak hari ini.TMI
Dah terang lagi nyata sikap dan perangai pemimpin Umno BN yang mempunyai sifat dendam dan pilih bulu untuk menyalurkan bantuan dan peruntukan serta di nafikan dari menikmati pembanggunan.
Kenyataan Ahmad Said selaku MB Terengganu seperti menyimpan dendam kepada rakyat negeri itu yang tidak mengundi BN dan mengambil sikap mendera rakyat, di mana kawasan yang di menanggi PAS dan PR akan di nafikan dari pembanggunan,“Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN,” katanya. apa maksud kenyataan dari Ahmad Said kalau bukan inggin membalaS DENDAM DAN MENDERA RAKYAT DI NEGERI TERENGGANU..
Ahmad Said jangan melatah kononnya “Selama ini (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian  (rakyat)..
Kalau betul la seperti yang Ahmad Said kata,Umno BN tak tinggal la dua kerusi sahaja melebihi PR untuk mentakbir Terengganu,Kemenangan tipis amat memalukan bagi UBN Terengganu.
Apa yang aku dengaq dari kawan-kawan aku yang duduk di Terengganu kebanyakan Yb BN malas dan baloq nak turun padang berbanding dari PAS yang sentiasa menjenguk dan mengambil tahu perihal rakyat di kawasan masing-masing itu yang membuatkan PAS dan PR lebih di percayai dan banyak kerusi yang menang kali ni di Terengganu
Ahmad Said jangan mendera rakyat yang tidak memilih UBN, BELAKU ADILAH SEBAGAI PEMIMPIN KEPADA SEMUA RAKYAT BUKAN HANYA KEPDA SATU KAUM ,GOLONGAN,PUAK ATAU PUN PARTI
HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiL6CB4iVZK8GzyDOtWsMkieLXK14n5uTthYiRLcjpAiIGOYMGbs5S3BD_xbnqyD0Tyhww9vAZXDqwG2x6drQARJ5ZTf0aXYhRQAD685P8HBxRdIhEneA9owI-rjqMTzE-97UdS5VUx9g/s1600/248000_380946102014478_212256257_n.jpg
Bersara dengan penuh kegemilangan. Kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, mampu mempertahankan Kelantan walaupun diasak hebat oleh 3 Perdana Menteri ~ Tinta Hijau DKB

505 Blackout Pulau Pinang

Sunday, 12 May 2013


Wednesday, 8 May 2013

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang dilaporkan koma semalam, hari ini semakin pulih dan berada dalam kondisi stabil.

Anak beliau Rafi'iy Azizan memaklumkan, bapanya kini masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang dan keadaannya semakin baik.

"Alhamdulillah, ayahanda semakin stabil, insyaAllah akan bertambah baik seperti sedia kala.

"Pohon jangan putus doa kebaikan ke atas diri dan perjuangan beliau," katanya melalui SMS ringkas kepada Harakahdily.

Semalam, berita palsu tersebar di internet kononnya Ustaz Azizan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital itu petang kelmarin akibat mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Bagaimanapun khabar angin itu dinafikan pihak keluarga terdekat yang memaklumkan Ustaz Azizan hanya tidak sedarkan diri akibat jangkitan virus yang merebak selepas dimasukkan antibiotik.

Bagaimanapun keadaan beliau kembali stabil menjelang petang dan dimaklumkan sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan sementara tekanan darahnya kembali normal.

"Terima kasih atas doa tuan-tuan sekalian dari kami sekeluarga," kata Rafi'iy.

 

11.40pm:Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 7Wartawan Malaysiakini Aidila Razak tidak dapat sampai ke
stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.
Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini.

11.27pm: Walaupun perhimpunan itu sudah tamat, tetapi masih ada mereka yang berpakaian hitam berjalan ke arah stadium dari jarak beberapa kilometer jauhnya.

Trafik terhenti terus sepanjang sekurang-kurangnya lima kilometer dari pelbagai arah dan ramai yang mahu ke stadium masih terperangkap.

Ini termasuk lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.
11.25pm: Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 6Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.
11.00pm: Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Kereta diletakkan sejauh 2 km dan nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan berakhir lagi.

Ramai yang tidak dapat mendengar ucapan pemimpin mereka tetapi masih meluangkan reformasi dan ubah.
1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.
10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 2Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam
"Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.
10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih  menuju ke stadium dengan berjalan kaki.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 410.15pm: Mereka yang masih di jalan raya mula menurunkan cermin kenderaan untuk berbual sesama mereka. Antaranya ialah seorang wanita Melayu yang sudah berusia  dan sekumpulan remaja Cina.

"Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.

"Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.

Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.

Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.
10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 3 bicycles10.00pm: Empat kilometer dari tempat itu, penumpang dalam bas dan beberapa kereta turun dari kenderaan mereka dan berjalan kaki. Semua berpakaian hitam.

Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.
9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.
9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium

Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.

9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 5Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa

kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.
9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.

9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

NONE8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm:
Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.
8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

NONEMereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm:
Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

NONEOrang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka prestasi Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2004.

Najib, walaupun sebelum PRU13 menjanjikan Umno dan penyokong BN kemenangan majoriti dua pertiga, hanya mampu menerajui gabungan itu memenangi 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi berbanding dengan pencapaian Abdullah pada 2008.

Mahathir (kiri) berkata, Najib mungkin berdepan dengan kritikan dari dalam Umno.

Sudah tentu, tambahnya, orang akan mempersoalkan keupayaan dan strategi Najib.

Di segi perlembagaan, kata Mahathir, Najib kekal sebagai ketua kerajaan selagi Umno menyokong.

Mahathir berkata beliau juga berkempen untuk pentadbiran Najib, dengan harapan pencapaian mereka akan lebih baik daripada 2008, walaupun beliau tidak menjangka BN mampu memperolehi majoriti dua pertiga.

Beliau mengingatkan bahawa BN harus belajar daripada kesilapan dalam PRU13 dalam berdepan dengan pilihan raya yang akan datang.

Katanya, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika BN tidak belajar daripada kesilapan tersebut.

Beliau juga ditanya mengenai tanggapan DAP bekerjasama dengan BN untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan kerana MCA telah membuat keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan.

Katanya, ia terpulang kepada Umno dan DAP, sama ada mereka mahu mengambil bahagian dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fikir DAP akan akan berbuat demikian kerana parti itu sentiasa menonjol MCA sebagai "budak suruhan" Umno, dan DAP akan dianggap sama seperti itu jika ia bersama dengan BN.

Sebaliknya, dakwa Mahathir, DAP adalah sebuah parti yang sentiasa mahu berada dalam kedudukan mendominasi.MK

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa agar semua percubaan untuk membangkitkan sentimen perkauman dihentikan yang menyalahkan komuniti tertentu di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi Ahad lalu.


"Ini tidak adil dan tidak membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas perdana menteri (gambar) yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 2009 selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di bawah kepimpinannya, bersetuju keputusan pilihan raya Ahad lalu memerlukan negara untuk melakukan perdamaian dan perpaduan nasional.
Beliau juga menggesa pembangkang menerima dan menghormati keputusan pilihan raya, walaupun mereka kalah dengan majoriti tipis dan mendakwa penipuan dan kesalahan pilihan raya besar-besaran dalam proses Pilihan Raya 2013.
"Rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan dan kepastian yang hanya boleh dicapai dengan semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini," katanya dalam mesej kepada pembangkang.
"Mari kita bergerak ke hadapan untuk kepentingan rakyat Malaysia."TMI