• RSS
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Friday, 12 April 2013

Apa Dah Jadi Woi!

 Apa dah jadi dengan kepimpinan PAS dan PKR PP aku rasa hangpa ni dah bagi bola tanggung pada musuh!
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man baru mengumumkan Ketua Pemudanya, Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh.
Pengumuman itu sekaligus mengakibatkan pertandingan tiga penjuru ekoran PKR turut mengumumkan che’GuBard sebagai calon di kawasan DUN yang sama untuk menentang Umno.
Demontrasi NGO dan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Komtar, George Town pada petang Jumaat ini bagi menyokong pentadbiran pemangku Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mungkin menerima reaksi dingin Pemuda Pas Pulau Pinang.
Malah, wakil Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) awal pagi tadi memberitahu, demontrasi yang dikepalai oleh che’GuBard mungkin akan diboikot penyokong Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda Pas negeri).
“Yusni, che’GuBard sama-sama bertanding dengan Umno tiga penjuru di DUN Sungai Acheh. Mungkin (pemuda) Pas boikot sebab che’GuBard ketuai demontrasi sokong Guan Eng,” ujar pemimpin Pemuda Penang menerusi telefon pagi tadi.sumber

0 comments:

Post a Comment