Beliau telah melantik peguam bagi mengkaji undang-undang berhubung penyiaran berita yang dianggapnya sebagai fitnah.
KUALA
LUMPUR: Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Fahmi Mat
Som memberi tempoh dua hari kepada akhbar Utusan Malaysia untuk menarik
balik laporan berita yang mendakwanya menghina Nabi Muhammad saw.
Khairul Fahmi berkata, beliau telah melantik peguam bagi mengkaji
undang-undang berhubung penyiaran berita yang dianggapnya sebagai
fitnah.
“Saya menganggap Utusan Malaysia berniat jahat dengan sengaja menyiarkan kenyataan yang berbaur fitnah, hasutan serta menanam sentimen kebencian rakyat terhadap diri saya disamping mahu menjatuhkan reputasi diri saya.
“Sehubungan itu, saya memberi tempoh masa selama dua hari kepada Utusan Malaysia bagi menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf secara terbuka.
“Sekiranya Utusan Malaysia gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman serta tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dirinya telah mengeluarkan satu kenyataan semalam mempertahankan tulisannya di laman sosial twitter itu tidak bermaksud untuk menghina, sebaliknya disalah tafsir media.
Katanya, Utusan sepatutnya mendapatkan maklumat dan pengesahan dari sumber utama iaitu dirinya sendiri sebelum menyiarkan sebarang laporan berita.
“Fokus kecaman saya adalah kepada Barisan Nasional dan UMNO yang mengamalkan politik melampau seperti video lucah dan kerana itulah saya dianggap menghina Nabi Muhammad saw,” katanya.
Khairul Fahmi dalam twitter miliknya pada 26 Mac lalu menyebut: “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan……jahanam UMNO”.
Kenyataannya itu kemudian mendapat beberapa reaksi negatif termasuk kecaman daripada pemimpin BN termasuk pemimpin agama.
Manakala NGO Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) membuat dua laporan polis minggu lalu mendesak polis dan jabatan agama Islam menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan itu.FMT

0 comments:
Post a Comment