
Zul Noordin akan berentap dengan Khalid Samad di Parlimen Shah Alam..Zul yang sebelum ini bertanding di Kulim Bandar Baru telah di turunkan ke Selangor sebagai wakil UBN menentang calon PR..
Pecaturan yang di buat oleh Umno dan kepimpinan tertinggi parti itu nampaknya lebih cenderong mempercayai calon dari luar,.dengan ini membuktikan calon Umno sebelum ini tak ada yang bersih dan bukan calon menang bagi Najib..Jadi Terpaksalah Najib mengutip katak-katak yang tak laku bagi menampung kebocoran Umno.
Pemilihan bagi menurunkan Zul Noordin ke Parlimen Shah Alam seperti ada udang di sebalik mee,Bak kata orang ada yang merancang untuk menamatkan karier Politik Zul Noordin di Shah Alam yang sebelum ini hangat dengan isu penghinaan kepada kaum hindu.Parlimen Shah Alam tak kurangnya kaum india di situ sudah pasti menolak Zul Perkasa yang bersifat Racist ini.
Lagi pun sekiranya kita merujuk balik kepada perangkaan jumlah pengundian dan keputusan pru13 bagi Parlimen Shah Alam sudah tentu Zul Noordin atau pun mana-mana calon BN bakal tewas di tangan Khalid Samad calon PAS atau PR.
Di tambah pula dengan isu racist Zul Noordin,PAS dan PR bakal menyapu lagi kerusi Parlimen Shah Alam munkin juga dengan penambahan majoriti.
.

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.
Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi wakil bebas.
Namanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
Pertembungan ini pasti mengimbau kembali kes 2010 apabila Zulkifli dipecat oleh PKR, ekoran kes berkaitan Khalid.
Tindakan itu diambil antaranya kerana beliau membuat laporan polis terhadap Khalid atas dakwaan menghina enakmen Selangor yang menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Menariknya juga, Zulkifli juga kali ini akan menentang calon daripada PAS, yang juga parti lamanya, sebelum menyertai PKR sebelum ini. Sumber
0 comments:
Post a Comment