PAS, DAP setuju tiada tiga penjuru di Sg Acheh!
Timbalan pengerusi PAS Mohamad Sabu yakin rundingan antara parti itu dengan PKR berhubung calon untuk kerusi Sungai Acheh akan dimuktamad sebelum hari penamaan calon.
Ditanya sekiranya ia pastinya akan melibatkan pertandingan satu lawan satuy dan bukannya tiga penjuru di kerusi DUN, beliau dengan tegas menyatakan: “Ya”.Barisan pemimpin pusat PAS dan PKR dijangka akan membincangkan perkara itu lebih lanjut dan membincangkan mengenai penyelesaiannya tidak lama lagi.
“Kita akan membincangkannya dan tarikh akhirnya ialah hari penamaan, 9 pagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Rangoon hari ini.
Ditanya mengenai pandangan peribadinya mengenai perkara itu, Mat Sabu berkata: “Parti ini bukan milik saya”.
“Pandangan peribadi saya ialah kita seharusnya berbincang dan mencapai keputusan akhir,” katanya ketika ditanya lanjut.MK

Admin:
Apa dah jadi ni!…Pertandingan tiga
penjuru antara PAS,PKR dan UBN di Sungai Aceh..Aku tak tak kisah dengan
UBN ni memang kamjat pun tapi yang menjadi persoalannya di sini PR juga
dah kena angin kamjat UBN..PAS dan PKR hangpa tak pikiaq ka impak yang
akan di terima oleh PR kerana perbuatan bodoh hangpa…
Sungai Aceh dari sumber yang kuat aku dengar telah di berikan
kepada PAS serta telah di persetujui oleh peringkat pimpinan PR
pusat…Sepatutnya dah tak ada isu kerusi Dun Sungai Aceh yang telah
menjadi kerusi PAS..Apa yang belaku sebaliknya Cikgu Bad dari PKR juga
di namakan sebagai calon kedua bagi dun Sungai Aceh bersama Ustz Yusni
Mat Piah Ketua Pemuda PAS PP…
PKR
PP yang di pimpin oleh Datuk Mansor Othman harus di pertanggung
jawabkan sekiranya PR kalah di Dun Sungai Aceh..Mansor harus berfikir
sebelum bertidak kerana tindakan bodoh lagi kamjat yang di ambil Mansor
Otman boleh menjahanamkan PR serta menrenggangkan kesepakatan di dalam
PR PP..Seharusnya Mansor memikirkan untuk memenangkan PR PP bukannya
menimbulkan kotrovesi yang boleh melemahkan jentera pru13..Mansor Othman
dah macam duri dalam daging,musuh dalam selimut…
Dengaq ceritanya dari risikan yang aku buat ada yang
memancung Cikgu Bad dari bertanding parlimen betul tak betul bukan hal
aku…Yang harus di fikirkan adalah kesepakatan dalam PR itu yang lebih
harus di utamakan Mansor harus ingat kemenangan PR perlu ada kesepakatan
ketiga-tiga parti di dalam PR….HANGPA PIKIQ LA SENDIRI!!!
0 comments:
Post a Comment