SEMALAM, saya berceramah sepentas dengn Jagdeep Singh dan Jeff Ooi di Kampung Dodoi dalam Parlimen Jelutong.Kampung itu dikenali sebagai ‘kubu kuat Umno. PAS ada tiga cawangan sahaja. Tetapi, Umno pernah mempunyai 42 cawangan.Sekarang, 17 cawangan Umno ditutup sendiri oleh pemimpin parti perkauman itu kerana tidak tahan dengan kritikan akar umbi parti.Perkara ini, saya sebut malam tadi. Cerdik pandai Umno tidak akan meninggalkan parti, tetapi, mereka bersedia mengundi DAP dalam pilihan raya kali ini.
Hampir 40 anak muda Umno semalam mengumumkan keluar parti. Mereka pakai baju serba merah yang tertera gambar Cina Lim Guan Eng.
Mereka, menggantung bendera DAP di seluruh kampung. Mereka juga yang menjayakan kenduri kendara rakyat yang rata-rata disertai oleh Melayu tempatan.
Inilah hikmahnya apabila DAP menjadi bukan parti agama serta bukan parti bangsa. Maka, semua bangsa termasuk Melayu diberi peluang untuk menguatkan parti masa depan itu.
Saya tanya, “Ini (Jelutong) bukan kubu kuat Yaakob Bebas kah?
Salah seorang bekas ketua cawangan Umno setempat berkata, “Yaakob sudah kenacekop sebab tokan (dadah jenis) Ice…baru ikat jamin RM2,000.”
Melihat fenomena Melayu mendekati DAP di Jelutong sekarang, saya yakin parti masa depan itu akan menerima sokongan Melayu, termasuk Umno dari 17 cawangan yang ditutup itu.
Setuju?
JIKA parti Melayu seperti Umno pun tidak boleh meramahi masalah akar umbi sampai menutup 17 cawangan parti di Jelutong, elok ahli parti memilih parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak-hak Melayu yang ditindas.
|
ABDUL Rashid Ismail |
Itu antara kata-kata bekas Ketua Umno Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Rashid Ismail di depan kira-kira 60 anak buahnya.
Abdul Rashid berkata, Umno sepatutnya tidak menggantung keputusan Pemilihan Agung Umno pada tahun 2004.
Malah, katanya, kepemimpinan Umno tidak wajar menggantung keahlian veteran itu kononya atas dakwaan mengamalkan politik wang.
Abdul Rashid disegani pengikutnya dalam menempuh pancaroba politik dalaman semasa isterinya turut dilapor terbunuh di Jelutong.
“Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula,” katanya.
Ekoran itu, beliau menolak cadangan memegang jawatan kanan parti itu.
Abdul Rashid menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati supaya terus memprotes dan berani memperjuangkan hak bagi memastikan cawangan mereka dihidupkan semula.
“Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS – masih ada Pakatan Rakyat.
“Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya kepada kira-kira 60 anggota yang hadir.